Connect with us

Artis / Selebriti

” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

Video Mama YB Syed Saddiq membuat surprise birthday in advance untuk Bella Astillah buat ramai tersentuh. Alahai sweetnya Mama dan Kak Amani. Sayang betul Mama YB pada Bella..  

Hubungan antara Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bukan lagi rahsia. Tidak hanya mereka, namun ahli keluarga kedua belah pihak juga merestui dan rapat sesama mereka. Bella juga sangat rapat dengan mama YB Saddiq dan kakak YB yang bernama Amani.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah World, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mama YB Saddiq memberikan satu kejutan hari lahir untuk Bella ketika mereka sama-sama berniaga di booth untuk event Singapura.

Kedengaran pembantu peribadi YB, Jack mengumumkan ianya birthday Bella dan mama bersama kak Amani membawa sebiji kek berwarna putih ke arah Bella. Memandangkan ianya adalah bulan puasa, kek tersebut diletakkan dalam sebuah bekas transparent dan hanya dinyalakan lilin sebagai simbolik.

Tersenyum bahagia YB Saddiq melihat mama menyantuni buah hati kesayangannya itu. Mama dan Bella bersalaman dan berlaga pipi. Memetik komen warganet, Mama YB Saddiq kelihatan begitu jelas menyayangi Bella dan melayani Bella dengan penuh kasih sayang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Alhamdulillah, saling sayang menyayangi.. Insha Allah saling melengkapi antara satu sama lain.. rezeki Bella yang sentiasa mencurah dari orang yang sangat sayang dengannya.. “

” Dulu mertua tak suka, sekarang semua sayang Bella.. Alhamdulillah rezeki Bella.. “

” MasyaAllah TabarakAllah.. Syukur hidup Bella dikelilingi insan² baik.. Semoga kasih sayang sampai ke syurga… InsyaAllah…Aamiin Aamiin Aamiin.. “

” Mama YB sayang betul pada Bella.. alhamdulillah, semua lah ahli family YB sayang Bella. kluarga kesayangan yg terawal celebrate birthday kesayangan ramai.. “

” Alhamdulillah happy kita tengok family YB ni baik2 positif mereka Alhamdulillah semoga kasih sayang berkekalan Aamiin2.. “

” Yb nak laga2 pipi.. cepat2 ler halal Kan.. ramai tak sabar nak mkn nasi minyak NI.. suka tengok U guys.. happy.. “

” Allhamdulillah awal bella dpt hadiah brithdy dri mil n kak amani.. syukur nikmat .. semoga Bella bahagia bersama YBSS dan semua keluarga.. “

Alhamdulillah beruntung Bella kerana disayangi dengan setulus hati oleh mama YB dan seluruh keluarga. Allah gantikan duka dan derita Bella dulu dengan nikmat bahagia yang tidak ternilai harganya. Selamat ulangtahun kelahiran Bella dan semoga impian Bella dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah World   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak