Connect with us

Artis / Selebriti

” Duduk dalam almari ke tu, siap dengan hanger sekali.. ” – Netizen

Video Parodi Outfit Aina Abdul Ketika Di ABPBH35 Buat Ramai Terhibur. Wah Macam Sama Je Dengan Outfit Aina Tu. Part Last Tu Siap Marhaban Sekali. Adoi, Kelakar Weh !!

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH35 yang menobatkan Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular. Tidak ketinggalan juga buat penyanyi Aina Abdul yang turut memenangi Anugerah Penyanyi Wanita Popular.

Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah penampilan Aina yang berfesyen dengan baju berwarna merah pada sesi karpet merah ABPBH. Aina dengan fesyen peliknya tidak dapat dipisahkan kerana setiap kali program fesyen Aina sememangnya lain daripada yang lain.

Disebabkan fesyennya yang pelik, satu par0di telah dihasilkan di akaun TikTok Shazashifaa. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Shaza memakai kain berwarna merah dan disangkutkan pada penyangkut baju. Sekali pandang, memang persis dengan pakaian Aina.

 

Apa yang menghiburkan ramai, parodi ini turut menyelitkan isu Aina yang hadir dengan menaiki lori dan juga video viral makcik marhaban. Sekali pandang, wajahnya juga seiras Aina dan suara pun boleh tahan merdu juga, memang menghiburkan.

Jom tonton video di bawah :

@shazashifaa17

Kita naik lori je wak #ABPBH35 #AinaAbdul #Parody

♬ original sound – shazashifaa – shazashifaa

Di ruangan komen, ramai yang terhibur menonton parodi daripada Shaza ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Awalnyaa sis saya sukaa aina abdul yg nii.. siap dengan hanger lagi.. ko rembat hanger eh kak.. Ni mesti jenis paling cepat submit assignment.. “

” Weh, cara dia ckp cm aina abdul, bila nyanyi cm tokti.. siap cover lagu marhaban.. merdunya suara.. Lajuuuu buat kerjaaaa erkkk.. “

” Aina abdul ni keluar radio aku terus tutup plug.. sedap suara.. muka pun ade iras2 aina abdul.. Diaa first lalu fyo pasaj aina abdul.. “

” Laju buat kerja dik.. haha kelakar.. haha siap marhaban ya.. content dia semua comel comel.. Mkslh muka dy pun ada iras2 aina juga.. “

” Ayah sy tengok aina abdul dia kata baju apa tu , nampak kepala kecik ja.. Laju sis kitrg bru smpai rumah dr IB dia dah siap dahh.. “

” Duduk dalam almari ke tu sis.. hanger tu assecories.. same laaaaΒ cantik n merdu suara.. Press conference lam almari ke tuhhh.. “

” Hahahah weh tersedak makan sambal.. naik lori milo ke.. cantik suara pun sedap.. lawak awak ni sis..mesti kebab0m fyp ni.. “

Sangat menghiburkan parodi ini. Ada sahaja idea netizen melakukan parodi-parodi yang mencuit hati. Nampak sangat sama dengan pakaian yang dipakai oleh Aina bila sekali pandangan, kali kedua terpandang ada penyangkut baju pula, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok Shazashifaa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT