Artis / Selebriti
” Dua ketul ni kan, makin menjadi-jadi lah. Lagu apa ni oi, hilang terus mengantuk aku.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar dan Elly Mazlein miming lagu Indonesia, Yee Tu Hantu buat ramai terhibur. Boleh pulak part lirik ‘setan’ Que tunjuk kat Kak Lina. Adoi, berdekah tengok dua-dua ni. Masuk air betul, haha..
Nama pelakon Que Haidar semakin menjadi perbualan warganet, lebih-lebih lagi selepas Que dilantik sebagai duta Butik Jakel. Setiap perkongsian video promosi yang dimuatnaik oleh Que sering dinanti-nantikan, apatah lagi apabila digandingkan bersama pelakon versatil Elly Mazlein yang sememangnya terkenal dengan karakter spontan dan mencuit hati.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Que berkongsi sebuah video memaparkan Que bersama Elly membuat aksi yang cukup menghiburkan. Menerusi video tersebut, mereka berdua membuat pelbagai gaya seolah-olah menjadi penyanyi nasyid ketika mendengar lagu berjudul Yee Tu Hantu yang berasal dari Indonesia.
Apa yang mencuri perhatian adalah kesungguhan mereka menjiwai lagu tersebut dengan gaya penuh penghayatan, lengkap dengan mimik muka dan lenggok tangan yang dramatik. Walaupun lagu berkenaan bukanlah lagu nasyid sebenar, aksi mereka yang bersahaja membuatkan suasana bertukar menjadi begitu lucu dan menghiburkan.

Ramai yang tidak dapat menahan tawa melihat gelagat pasangan duta ini. Ada yang berseloroh mengatakan lagu tersebut terus hilang rasa mengantuk apabila melihat gaya Que dan Elly, malah ada juga yang memuji keserasian mereka yang disifatkan ‘masuk air’ tetapi sangat menjadi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya sangat terhibur selepas menonton perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dua ketul ni kan, makin menjadi-jadi lah. Lagu apa ni oi, hilang terus mengantuk aku.. Buat hal betul Jakel tahun ni, haha.. “
” Hilang ngantukk kat office ni bila dgr lagu ni . Hahhahahaha ni bukan lagu menginsafkan, ni terus rasa seram sangat, haha.. “
” Mana dia org dpt lagu ni yea, terus berdekah aku dibuatnya.. Adoi haha Made my Monday blues go pink.. “
” Hahaha 1st dngr lagu ni hilang ngantuk mashaallah.. Terhibur kita tau tengok Que dan Kak Lina, terbaik lah.. “
” Hahahhaa adoiii, betul lah semua masuk air.. Hawau betul lah aku dengar lagu ni.. Terus loading otak jadinya.. “
” Apa niiiiiiiii puasa puasa ni ya ampun.. Lagu apa ni.. Dengar pun kelakar sangat.. Ya Allah, penat tau gelak tak berhenti.. “
” Hahahah bila part lirik ‘setan’ masing-masing tunding jari yer, hahahaha.. Tak pernah tak kelakar, masuk air betul.. “
Perkongsian video ini sekali lagi membuktikan bahawa kombinasi Que dan Elly bukan sahaja berjaya menarik perhatian, malah mampu menceriakan hari para pengikut mereka. Tidak hairanlah setiap video yang dimuat naik oleh Que sentiasa dinantikan kerana ada sahaja telatah spontan yang mencuit hati serta menghiburkan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG the_haidars
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

