Connect with us

Artis / Selebriti

” Dorang start goyang-goyang tu pun aku dah dekah. Macam Plant vs Zombie, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan dan Amad bergandingan menyanyi lagu Tiara buat ramai terhibur. Adui lah, dah macam kumpulan nasyid pula, elok gerakan serentak macam tu. Ammar dah kenapa macam baca ikrar tu, haha..

Sebagai menghargai penat lelah affiliate yang menjual produk keluaran Dherbs dan AS Legacy, Dato’ Aliff Syukri telah pun menganjurkan satu majlis di kediamannya. Selain jamuan makan, banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama. Ianya turut diselangi dengan persembahan khas daripada Amad dan Ammar Ahyan.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Tashaillia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Dato’ Aliff bersama Amad dan Ammar. Lagu popular era 90an berjudul Tiara menjadi pilihan untuk dinyanyikan oleh mereka bertiga.

Gelagat Amad, Dato’ Aliff dan Ammar yang berdiri mengikut ketinggian pada awal persembahan itu mencuit hati. Cantik pula gerakan ketiga-tiganya yang seiring menggerakkan badan mereka ke kiri dan ke kanan secara serentak. Bak komen warganet, seperti kumpulan nasyid pula.

Mendengar sahaja suara Amad, terus Dato’ Aliff beralih tempat dengan Ammar. Akhirnya persembahan ini hanya dihiasi dengan suara lunak Amad dan nyanyian mendatar Ammar yang menggeletek hati. Ammar sememangnya seorang yang random dan penuh dengan spontan.

Jom tonton video di bawah :

@tashaillia

Persembahan Amayan & Amad. Suara Amad mmg mega😍. Amayan mmg sporting ek . #alifsyukriterlajaklaris #datoaliffsyukri #datoaliffsyukriterlajaklaris

♬ original sound – TI – TI

Lebih 18 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Kenapa gerak kiri kanan mcm plant vs zombie, serentak pulak tu. dorang start goyang-goyang tu pun aku dah dekah, haha.. “

” Penyanyi nombor 1 Malaysia lari wak haha.. Amad Dayyan nyanyi dgn penyanyi no syatuuu negara.. cepat je papa lari eh xnak nyanyi hehe.. “

” Ammar kalau dah nyanyi sakitnya bukan main-main haha.. Papa tu tiber jadi pemalu awat haha.. berdebar dengar suara Amad lah tu.. “

” Amayan itu nyanyi ka baca ikrar haha.. dah macam angkat sumpah pun ada. Lepasni aku dah xmalu la nak nyanyi sbb bukan aku sorg rupanya kalau nyanyi macam membaca haha.. “

” Ya Allah sedapnya lahai suara Amad. Terbuai dengar. Amayan memang tidak mengecewakan legasi bapanya. Memang mewarisi.. “

” Sejak tgok Dato dn amayan nyanyi, sya pun dh tk segan nyanyi live kt tiktok hehe.. Amayan punya menghayati lirik lagu, sampai berkerut kening.. “

” Cukupppp cukup Amayan cukupp.. amayan ni sebab dia tak tahu jee lagu ni.. kalau dia tahu mmg dia tapau semua haha.. “

” Amayan nyanyi lagu ni jadi TIARAP haha.. Salute Amad, kalau aku dah mengakak dekat situ haha.. nasib Amad backup.. “

Walaupun nyanyian Ammar ‘ke laut’ tetapi tetamu terhibur dengan persembahannya itu. Bukan suara yang menjadi fokus tetapi keberanian Ammar untuk menyanyi disaksikan ramai orang harus diberi pujian. Papa Laris awal lagi sudah cabut lari, boleh tenggelam suara penyanyi nombor 1 negara jika menyanyi bersama Amad, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok TI   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Glad2Glow Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak