Artis / Selebriti
” Dik, masa berkenalan dia dah bagi aku bajet. Air bawa pada rumah, haha.. ” – Datin Shahida
Video Datin Shahida kongsi cerita throwback dating bersama Dato’ Aliff Syukri ketika mereka bercinta buat ramai terhibur. Part Datin cerita sebab kenapa masih bertahan dengan Dato’ Aliff pada ketika itu memang kelakar. Dah terbukti sekarang, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik dherbs_hq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan isteri kepada usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Datin Shahida sedang membuat siaran langsung. Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian ramai kerana Datin Shahida tampil berkongsi kisah lama yang jarang diceritakan.
Menerusi siaran langsung itu, Datin Shahida mengimbau kembali detik-detik sewaktu keluar dating bersama Dato’ Aliff Syukri ketika mereka sedang bercinta dahulu. Cerita tersebut disampaikan dengan penuh santai dan bersahaja dan ianya sangat mencuit hati para penonton yang mengikuti siaran tersebut.
Menurut Datin Shahida secara berseloroh, Dato’ Aliff telah memaklumkan lebih awal mengenai bajet makan setiap kali mereka keluar bersama. Katanya, bajet yang diberikan oleh Dato’ Aliff ketika itu hanyalah sekitar RM5 sahaja, malah untuk minuman pula mereka membawa air dari rumah bagi menjimatkan perbelanjaan.

Sambil ketawa, Datin Shahida berkata bahawa dia bersabar dengan sikap Dato’ Aliff ketika itu kerana Dato’Aliff memiliki rupa paras yang kacak. Selain itu, Datin Shahida turut berfikiran positif bahawa suatu hari nanti mereka akan dikurniakan anak-anak yang cantik dan kacak hasil perkahwinan tersebut.
Tonton video di bawah ini :
@dherbs_hq Betapa kedekut nya papa laris dulu ku rasa hahha @Nur Shahida Mohd Rashid @Aliff Syukri Kamarzaman #dherbs #papalaris
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas mendengar cerita yang dikongsikan oleh Datin Shahida tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dari dlu rupanya dato ni memang kelakar aik, haha.. Heheheh nasib anak2 mmg cantik n hensem datin, haha.. “
” Dengar datin cete dari awal.. Aku dh gelak memanjang.. Berkat sabar tu la skrg dh boleh mkn mnum unlimited.. “
” Adoiii gelak aku dengar… Tapi dulu rm 5 tu memang banyak juga tu.. Dulu kan makanan murah lagi.. Kalau dating rm10 dah cukup, haa.. “
” Sakit perut aku dengar Datin cakap sabar sebab nak anak cantik, handsome.. Haha tapi sungguh lah semuanya handsome cantik anak2 Datin dan Dato.. “
” Dia dah memang ada kira2 sejak dlu lagi kan, patut lah dia berjaya.. Hahaha tahan sabar betul datin, kagum.. “
” Ni memng jenis….. Bersusah dulu… Bersenang2 kemudian…. Berkat sabar, dah jutawan dah pasangan ni.. “
” Best la datin kongsi cerita, mana nak dapat lelaki kepoci now, susah eh. you so lucky… Alhamdullilah.. “
Perkongsian kisah lucu ini nyata mengundang tawa warganet yang terhibur mendengar cerita berkenaan. Rata-rata memuji sikap bersahaja pasangan ini serta menganggap kisah tersebut sebagai bukti bahawa kebahagiaan rumah tangga tidak diukur melalui kemewahan, sebaliknya melalui keserasian dan rasa saling memahami antara satu sama lain.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dherbs_hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

