Artis / Selebriti
” Diam-diam kahwin Pian. Cantiknya wife Pian, lawa macam orang Arab.. ” – Komen Netizen
Video majlis perkahwinan Sufian Suhaimi dan wanita pilihannya, Rania curi perhatian ramai. Alahai cantik sungguh isteri Sufian. Sama cantik dan sama padan. Tahniah..
Nama Sufian Suhaimi bukan asing bagi peminat industri seni negara. Pernah bertunang dan melalui fasa kecewa ketika pertunangan, Sufian akhirnya bertemu jodohnya dengan wanita pilihan hati. Tanpa sebarang desas desus, penyanyi terkenal ini kini sah bergelar suami.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ohbulan, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Sufian bersama isterinya, Rania Al Sadat. Pasangan mempelai ini cantik dan segak dalam busana pengantin mereka berwarna putih. Sufian kelihatan gembira kerana telah menghalalkan si buah hati.
Menerusi video ini, moment ketika Sufian dan Rania bersalaman diabadikan. Manis dan ayu sekali Rania dan kecantikannya itu mendapat pujian daripada warganet. Memetik komen warganet, Sufian dan Rania ini sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua.

Setelah pelbagai dugaan yang Sufian hadapi, akhirnya Rania sah menjadi miliknya. Ini lah rahsia tuhan yang telah disusun dan tertulis dalam takdir Sufian. Kedukaan dan kecewa dahulu terubati dengan hadirnya insan yang sanggup menerima Sufian seadanya.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Sama cantik, sama padan. Tahniah Sufian & Rania 😍✨ kredit: sufiansuhaimi__ #ohbulan #fyp #news #sufiansuhaimi #raniaalsadat #kahwin #pengantinbaru
@ohbulanofficial Bagai pinang dibelah dua! 😍✨kredit: @MVM Music #ohbulan #fyp #news #terkini #sufiansuhaimi #kahwin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Segak dan cantik ya both of them, tahniah.. baby pian dah kahwin akhirnya.. semoga berkekalan dan bahagia sampai ke syurga pian.. “
” Rasanye smlm baru nampk kt melodi serik bertunang aleh2 diamdiam kawen congrate babypian.. semoga hidup bahagia hingga ke jannah.. “
” Cantiknya wife Pian, lawa macam keturunan Arab. Selamat pengantin baru buat Suhaimi dan isteri.. sama cantik sama padan.. “
” Akhirnya alhamdulillah, kahwin juga depan.. sama cantik sama padan.. semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke jannah.. “
” Syukur alhamdulillah.. tahniah Buat keduanya.. semoga berkekalan hingga ke jannah.. aamiin.. lawa betul isteri Pian.. anak nanti mesti comel.. “
” Crush dah nikah. Selamat pengantin baru pian. no more baby pian dah.. Alhamdulillah jodoh panjang ye get back semula.. “
” Sukanya tengok pian dengan wife, sepadan sangat. Selamat berbahagia pian.. semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sampai ke akhir hayat.. “
Alhamdulillah, kalau sudah tertulis jodoh ada pasti akan ke jinjang pelamin jua. Selamat pengantin baru buat Sufian dan Rania kami ucapkan dan semoga perkahwinan ini dirahmati Allah serta berkekalan sehingga ke akhir nyawa. Semoga berbahagia selalu selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ohbulan, Tiktok mvm_music, Tiktok Oh My Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

