Artis / Selebriti
” Dia yang tolong jawabkan untuk mak dia. Bagus Maryam backup mummy.. ” – Komen Netizen
Video Mawar Karim Bersama Anaknya, Wan Maryam Menjawab Satu Komen Negatif Daripada Netizen Raih Perhatian Ramai. Tak Sempat Mummy Cakap, Maryam Dulu Dah Explain Panjang Lebar. Padu Lah Jawapan Maryam !!
Sudah menjadi asam garam kehidupan setiap yang bergelar selebriti, semua yang dilakukan pasti ada yang akan mencari silap dan kekurangan. Situasi ini juga terjadi kepada usahawan tudung popular, Mawar Karim dan kali ini Mawar ditegur mengenai anak perempuannya, Wan Maryam.
Menerusi akaun Tiktok Mawar Karim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mawar bersama anaknya, Maryam menjawab salah satu komen negatif daripada seorang netizen. Komen itu berbunyi ‘ baik lah ajar solat ‘ dan ianya merujuk kepada Maryam.
Baru sahaja Mawar ingin memberi penerangan, Maryam pantas sahaja menyampuk dan memberitahu dia sudah diajar solat sejak dari usia 4 tahun lagi. Tidak itu sahaja, mummy Maryam juga banyak membelikan telekung dan mengajar Maryam solat selain pembelajaran di sekolah.

Tambah Mawar, Maryam juga seperti kanak-kanak lain yang suka menari dan itu salah satu cara untuk Maryam menikmati zaman kanak-kanaknya. Lain pula keadaannya jika Maryam sudah besar, pastinya perkara itu akan ditegah oleh Mawar kerana tidak manis untuk anak gadis.
Jom tonton video di bawah :
@mawar_karim Replying to @azlina alhamdulillah sebagai parents perkara basic kita tak lupa
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia yang tolong jawabkan untuk mak dia. Clver girl Maryam ni.. Moga membesar menjadi anak yang solehah ye Maryam. Jaga mmy baik-baik.. ”
” Biarlah dia rasa enjoy zaman kanak-kanak dia. Dengar tu Mariam kata dari mulut dia sendiri tentang solat nya. terbaik lah Mariam. anak yg sangat cerdik. semoga berjaya di dunia dan akhirat. aamiin.. ”
” Maryam yang jawabkan haha. bagus maryam, backup mommy sebab mommy maryam memang dah asuh yang terbaik untuk maryam.. ”
” Tenang je Mawar balas komen, soft spoken. Dengar yang kondem tu, Maryam sendiri dah jawab soalan.. ”
” Dia boleh pertahankan ibu dia besar nanti, good girl Maryam. harap anak saya mcm maryam ni jgk besar nanti love u maryam.. ”
” Pandai Maryam ni bercakap, petah dan bernas jawapan maryam bagi tu. Bagus mummy latih Maryam solat dari umum 4 tahun lagi.. ”
” Puas dah kot makcik yang komen tu haha.. Good Maryam sebab jawab sendiri. makin besar makin bijak maryam.. ”
Apabila Maryam sendiri yang buka mulut menjawab komen, pasti terkedu yang memberi komen negatif itu agaknya. Mawar sudah melakukan sebaik-baiknya untuk Maryam, cuma ianya tidak lah ditunjukkan kepada umum. Apa-apa pun, semoga semua anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mawar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

