Artis / Selebriti
” Dia tengok telefon, dia tersenyum-senyum. Tapi masalahnya sekali kita pun blushing juga ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fazura senyum tersipu-sipu selepas membaca mesej di telefon ketika sedang live buat ramai terhibur. Faz terus hilang fokus nak buat tutorial make up. Siapa lah yang mesej tak berhenti tu, ehem ehem..
Meninjau di akaun TikTok milik september6teen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon jelita, Nur Fazura sedang membuat siaran langsung. Menerusi video tersebut, Fazura dilihat sedang bersolek sambil berkongsi tips bersama para peminat yang setia menonton live berkenaan.
Ketika sedang asyik bersolek dan berbual mesra, tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk di telefon bimbitnya. Fazura secara spontan menyatakan bahawa mungkin mesej tersebut dihantar oleh anak kesayangannya, Fatima. Ramai yang teruja melihat reaksi Fazura yang comel dan bersahaja.
Selepas melihat mesej tersebut, Fazura dilihat tersenyum sebelum meletakkan kembali telefonnya dan meneruskan sesi siaran langsung seperti biasa. Namun, tidak lama kemudian, telefon itu kembali berbunyi membuatkan Fazura hilang fokus seketika dan sekali lagi tersenyum tanpa dapat menyembunyikan reaksinya.

Momen itu mengundang perhatian warganet yang menonton secara langsung. Ramai yang mula meninggalkan komen dan menyakat pelakon berkenaan mengenai identiti pengirim mesej tersebut. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@september6teen Sorg nak pegi GMWA , sorg lagi nun di Jakarta 😜 msing2 dh sunyi ke? 🤪🫶🏻 ahhhh kami pun sunyiiiii !!! 😂😂😂 Cr tt the_haidars , tt missfazura @Que Haidar @FAZURA MY #QueHaidar #Fazura #AbangJamil #Faz #thehaidars
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dia tengok telefon, dia tersenyum-senyum. Tapi masalahnya sekali kita pun blushing juga ni, haha.. Haishhhh .. “
” Boleh dgr Faz nyanyi lagu ” tunggu sekejap ” .. hahahha hint tu, hahaha.. Allah, aku sekarang hari2 kepala pening, tido tak cukup sebab asyik tengok live Faz n Que, haha.. “
” Tak, dia kan, Faz nk blushing, blushing je la. Ni dia kite blushing sekali, HAHAHA.. Aku ni tak boleh lah, penat tersengeh2 sorang2 ni.. Mesti abang jamil kan.. “
” Alhamdulillah nmpak sekarang senyum terukir diwajahnya.. Lama dah tak nmpak senyum tu.. Senyum kebahagian dikelilingi org2 tersayang.. “
” Ketap² bibir plk.. Hahahaha… Tumpang bahagia sengeh sorg2 tengok Faz sekarang.. Kalau ada jodoh dengan Que apa salahnya.. “
” Sapaaaaaaaa tuuuuuu… Aalaaaa berseri2 mukaaa faz…. HAhahaha cinta hati ke tu tengah hantar mesej, hehehe.. “
” Penat la weh pipi kita ni asyik exercise senyum jer sana sini.. Audududuh.. Faz, kami restu kalau Faz ada jodoh dengna Abang Jamil.. “
Ada juga yang berseloroh mengatakan mesej itu mungkin daripada individu istimewa iaitu Que Haidar. Apa apa pun, reaksi spontan Fazura yang kelihatan ceria dan tersipu-sipu itu terus menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok september6teen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

