Artis / Selebriti
” Dia tahu mummy dia penat 3 hari 3 malam berdiri.. ” – Watie Hanifiah
Muatnaik video Thalita sedang memicit kakinya, perkongsian Watie Hanifiah buat ramai tersentuh. Kasih sayang seorang anak terhadap mummynya, terbaik lah Thalita..
Walaupun Thalita bukan anak kandungnya, hubungan rapat antara Watie Hanifiah dan anak tirinya, Thalita sering mencuri perhatian ramai. Layanan Watie serta caranya menjaga Thalita dengan penuh kasih sayang membuatkan warganet kagum dengan sikapnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Watie, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Thalita sedang memicit kakinya. Menurut Watie, Thalita tahu dirinya kepenatan selepas seharian berdiri ketika berniaga di sebuah expo, lalu dengan rela hati menawarkan diri untuk memicit kakinya.
Layanan penuh kasih yang ditunjukkan Thalita terhadap ibu tirinya itu benar-benar menyentuh hati warganet. Ramai yang memuji didikan Shuib serta arwah isterinya, Siti Sarah yang berjaya membesarkan anak-anak dengan budi pekerti yang tinggi dan hati yang lembut.

Komen warganet lagi, apa yang dilakukan Thalita mencerminkan kasih sayang yang diterapkan dalam keluarga itu sejak kecil. Keakraban Watie dan Thalita ini membuatkan ramai terharu, apatah lagi melihat bagaimana Thalita begitu selesa bermanja serta menunjukkan rasa sayangnya terhadap Watie.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak no.2 memang macamni kot.. Sebak saya tgk. Thalita anak yg baik. Jaga Mummy Watie baik2 ya. Moga Thalita, Abg, Adik-adik, Mummy, Daddy dan Baby yg bakal lahir berada dalam keadaan Sihat.. “
” Tgk tata mesti sebak. Hati tisu betul skrg aku ni, tahniah mummy utk sales kat sg. Malam ni insyaAllah masuk support mummy meniaga.. “
” Ingat lagi arwah Siti Sarah pernah cakap dia ta bagi Shuib kira duit dan berkira. Nak memberi. Beri je. Didikan baik, in shaa Allah terpancar pada anak2.. “
” Terima kasih buat Watie. Jadi ibu yang baik.. Orangnya baik.. Teringat arwah ayah cakap, dekat dunia ni jangan harap pembalasan manusia. Biar Allah je balas segala perbuatan kita.. Jaga diri watie.. “
” Baru nk join sebak tgok dekta picit kaki mommy nya.. Sekali nmpk fries gn ayam kt riba tu, terus teringat Taza, hehe.. Btw tc mommy, good girl dekta.. “
” Tak mampu nk taip.. Sebab hti tengh sebak tgok layanan dekta pda mummy, smga kalian smua dpt brsatu di syurga satu hri nti Amin.. “
” Layan mak tiri mcm mak kandung,alhamdulilah.. Suka tgk family shuib.. Semoga segala urusan Watie sekeluarga dipermudahkan.. “
Moment ini sangat bermakna dan membuktikan bahawa kasih sayang tidak semestinya terikat melalui pertalian darah, tetapi boleh hadir melalui keikhlasan dan hati yang tulus. Semoga hubungan baik antara Watie dan Thalita terus kekal erat serta membawa kebahagiaan berpanjangan buat seluruh keluarga mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam

