Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia promote Salmon Skin Cik B lagi ikhlas dari jeruk bapak dia, haha.. ” – Komen Netizen

Video Cik B memberikan hadiah hari lahir kepada Ammar Ahyan curi perhatian warganet. Wah sempat lagi Ammar promote produk Cik B. Lain macam Ammar punya semangat. Ada yang kata berbeza masa promote barang Papa dia, hehe..

Beberapa hari yang lepas, anak sulung kepada Dato’ Aliff Syukri telah pun berkunjung ke rumah Dato’ Seri Vida untuk makan malam bersama Cik B. Kedatangan Ammar bersama rakan dan pembantu Dato’ Aliff disambut dengan baik oleh Cik B. Mereka juga dijamu dengan makanan yang lazat.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cikb_bossb_salmonskin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B menyerahkan hadiah hari lahir kepada Ammar. Ini kerana Cik B tidak sempat untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir Ammar baru-baru ini.

Ammar pula kelihatan cukup selesa dan lebih ceria dengan Cik B. Tulis Cik B di ruangan kapsyen, dia memberikan perfume kepada Ammar tetapi Ammar pula lebih tertarik kepada produk makanan Cik B, Salmon Skin. Bukan main laju Ammar mengambil beberapa pek Salmon Skin.

Ammar juga sempat mempromosikan produk Cik B itu. Gaya Ammar yang macho dan menjadi dirinya sendiri itu menerima pujian warganet. Komen netizen, Ammar lebih enjoy mempromosikan barang Cik B daripada barang Papa Laris. Senyum memanjang Ammar sambil mulutnya memuji-muji kesedapan Salmon Skin.

Jom tonton video di bawah :

@cikb_bossb_salmonskin

@Ammar Ahyan Happy belated birthday. Sorry lambat. Terimalah hadiah tak seberapa ni ya. Bagi perfume tapi Ammar lebih tertarik dengan salmon skin😂 habis makan #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #cikb #masukfyp #fypシ゚viral #foryou

♬ original sound – CEO Salmon Skin – CEO Salmon Skin

Lebih 20 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tak kekok ehh promote salmon skin cik b.. jual mangga abah kemain banyak syaratnya. Jgn pakai duit ptptn, duit asb, duit kwsp tu semua.. “

” Dia promot salmon skin cikb lagi ikhlas dari jeruk bapak diaa HAHAHA.. Semoga doa bapaknya dimakbulkan nk jadikan cikb menantu hehe.. “

” Senyum senyum je ammar.. Akuuuu memang xde kerjaaa keee tiber ship amayan dengan cik bi anak mama yang comel.. “

” Dia klau dgn bapak dia tersangkut sangkut berckp. Dgn org lain elok dia.. macho do ammaryan bila depan cikb.. “

” Tak masalah nye dia x trtarik hadiah cik b tau.. dia terus amek salmon skin tu dlu… Aku dah cakap hari tu pasni memang amayan tak jual jeruk dah.. dia jual salmon skin plak.. “

” Ikhlas btl dia rv salmon skin haha.. nape time rv abah dia punya xmcm ni.. nasib la abah hehe.. Hehehe beza sgt ni review utk cik b dgn utk bapaknya.. “

” Mangga ayah dia jual, dia gigit pun mcm x ikhlas je weh.. salmon skin Cikb dia boleh describe detail . mangga kering abah dia kemahen selow explain.. “

Berbeza sungguh apabila Ammar mempromosikan produk Cik B berbanding produk abahnya. Seronok warganet melihat perangai sebenar Ammar yang ceria apabila bersama Cik B. Apa-apa pun, semoga persahabatan antara Ammar dan Cik B kekal baik sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cikb_bossb_salmonskin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Minyak Jungle Girl

Trending

Copyright © Berita Kopak