Artis / Selebriti
” Dia nampak macam Inspektor Aleeza dah kembali ke scene ni.. ” – Komen Netizen

Video Abby Abadi Sedang Giat Bersenam Curi Perhatian Ramai. Wah Dah Nampak Slim Lah Abby, Muka Pun Dah V Shape. Cepat Betul Berat Abby Turun, Berbeza Sangat Dengan Sebelum Ini !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Abby Abadi, telah dikongsikan video yang memaparkan Abby sedang bersenam di sebuah gym. Kelihatan Abby mengenakan pakaian sukan serba hitam dan sedang berjalan di atas treadmill. Selepas itu, Abby melakukan aktiviti mengayuh basikal.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian para peminat Abby. Ramai yang perasan Abby sekarang sudah semakin langsing. Malah ada yang mengatakan wajah Abby sekarang seperti ketika Abby berlakon dalam drama Gerak Khas memegang watak sebagai Inspektor Aleeza.
Sebelum ini, Abby ada berkongsi beberapa posting yang memaparkan video dirinya melakukan aktiviti bersenam gara-gara berat badannya semakin naik kerana dia tidak menjaga pemakanan. Menerusi perkongsian pada bulan lepas, Abby memaklumkan beratnya 70kg lebih dan Abby mahu mencapai target berat ideal iaitu 60 kg.
Abby juga berkongsi perkembangannya dari semasa ke semasa kepada para peminatnya. Yang terbaru, Abby telah mencapai berat bawah 70kg. Semangat sungguh Abby untuk lebih kurus dan sihat. Tidak mustahil, Abby akan mencapai berat idealnya dalam masa terdekat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perubahan Abby sekarang dan memuji Abby semakin langsing. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Dia nampak macam Inspektor Aleeza dah kembali ke scene ni.. Kalau kurus mcm dlu balik auto nmpk muda dan sihat tu msti kalau rjin bersenam.. “
” Dah nmpak kurus dah. Teruskan usaha lagi.. Woww kita pula tengok jadi teruja tak sabar nak tengok hasil Abby nanti.. Nak juga lah senaman, hehe.. “
” Ishhhh kalau macam ni, tak lama lagi mama makin meletopss lah.. Jadi anak dara balik, hehehe.. Aduhh mama Abby dah kurus lah.. “
” Jelesnya tgk kaki kak Abby dh halus dh. Moga saya pun kuat semangat mcm Kak aAbby jgk. Nk kurus jgk… Tapi hobi saya suka makannnnnnn.. “
” Nampak paha dengan muka dah kurus.. Paha dah mengecil.. Dagu dah jadi bentuk V.. Tahniah mama, dak semakin slim.. Semoga sihat2 selalu.. “
” Bagus lah Abby, ada kesedaran.. Sy ni tak ada kesedaran lagi untuk kecilkan badan. Huhu tak sabar nak tengok Abby kurus, mesti makin cantik.. “
” Nanti mesti sihat bp semua dapat bacaan normal.percayalahhh .. Muka dh nampak kurus banyak, v-shape.. Caiyokkk Kak Abby.. Pasti bolehhhh.. “
Kalau tengok, betul apa yang dikatakan warganet, wajah Abby sudah menjadi bentuk V dan bahagian pahanya juga sudah mengecil. Bak kata Abby, dia mahu memiliki badan yang kurus untuk lebih sihat. Apa-apa pun semoga Abby terus bersemangat dan moga matlamatnya untuk kurus akan tercapai.
Silakan SHARE..
Sumber : IG mamayebbyyabadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen