Artis / Selebriti
” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar, Kamal Adli dan Elly Mazlein menari tarian Khairul Aming buat ramai terhibur, Tema “Geng Dapur Rembayung” memang menjadi..
Gelagat tiga selebriti popular tanah air yang merupakan duta Jakel iaitu Que Haidar, Kamal Adli dan Elly Mazlein berjaya mencuri perhatian ramai apabila video mereka menari tarian yang dipopularkan oleh Khairul Aming tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan itu, ketiga-tiga mereka dilihat menari dengan penuh semangat sambil membuat gaya tarian yang menghiburkan. Aksi spontan dan bersahaja mereka membuatkan ramai penonton tidak dapat menahan gelak.
Lebih mencuit hati apabila suasana video tersebut seolah-olah menggambarkan tema “geng dapur” kerana masing-masing memegang alatan dapur seperti blender, senduk dan papan pemotong. Ada juga peminat yang berseloroh mengatakan trio ini benar-benar menghidupkan suasana seperti “geng dapur Rembayung”.

Video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa kandungan ringan dan spontan seperti ini mampu menceriakan hari ramai orang, apatah lagi apabila melibatkan selebriti yang tidak lokek berkongsi sisi humor mereka. Agaknya macam mana masing-masing menahan gelak tawa ketika video ini direkodkan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sambung je la kontrak tahun ni sampai raya haji macam mana diorang tahan gelak wei macam mana????????! Kak lina tu aduh .. “
” Org kitchen rembayung minta pulangkn chopping board dgn blender balik.. Tak habis lagi video nampak 3 org ni terus like dulu.. “
” Aiyoooo.. ni tiga serangkai memang masok air dah.. kepala dang dia mesti kamaladli atau iamellymazlein .. Haha kaki kak Lina kena pijak kesian.. “
” Lahh chopping board jd kuda kepang sengal ubi laaa.. Nasib baik bulan puasa.Kalau tak saya ingat kaklina kesurupan.. “
” Dia mari dgn blender + senduk. Yg dgn chopping board kekal statik ea muka tu sampai hujung. Geng kitchen..ini kali lah.. “
” Mengamuk Lah Mak Kamal nanti ni tengok blender eh hilang gara gara jadi kan prop untuk menari ah ahyokk si Kamal ni……. hahahaha…. pge pulang kn balik Kamal tak jadi nk masak nnTi blender tak ada….. hahahaha.. “
” Jangan ye bang jamil takut ada kena hempuk dengan board pemotong tu Terhiburrrr, bagi balik brg dapur KA tidak esok tak dapat resepi baru haa .. “
Gelagat mereka yang selamba dan ‘masuk air’ membuatkan suasana terasa lebih meriah, sekali gus menghiburkan para peminat di media sosial. Jelas sekali, momen spontan seperti ini bukan sahaja menceriakan penonton, malah memperlihatkan keakraban dan sisi humor selebriti yang jarang dilihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

