Artis / Selebriti
” Dia main arah je. Betty buat aku macam maid dia yer.. ” – Erma Fatima
Video Erma Fatima kena ‘buli’ memasak untuk adik-adiknya, Datin Umie Aida dan Betty Rahmad buat ramai terhibur. Walaupun terpaksa, banyak betul Erma masak. Sambil membebel pun, kerja jalan. Penuh satu meja Erma masak..
Meninjau di akaun Instagram milik Betty Rahmad, telah dikongsikan video yang memaparkan Betty meminta kakaknya, Erma Fatima untuk masak masakan yang dia mahu makan di rumah Erma. Bukan itu sahaja, Betty juga mengajak kakaknya, Umie Aida untuk turut serta ke rumah Erma.
Sebelum itu, Betty dan Umie telah datang ke rumah Erma, namun Erma hanya memasak kuey teow goreng. Seloroh Erma, Umie dan Betty sudah terkena scam dengan dirinya. Namun begitu, tidak disangka, selepas itu dua adiknya ini meminta lagi pelbagai menu untuk menikmati makan tengah hari di rumahnya.
Tulis Betty, bukan senang untuk meminta Erma masak kerana Erma seorang yang sangat sibuk dengan kerjanya. Manakala di akaun Instagram milik Erma, Erma turut berkongsi posting mengatakan dia terpaksa masak kerana diarah oleh Betty.

Pelbagai menu kampung yang dimasak oleh Erma untuk Betty dan Umie. Perkongsian video-video itu juga telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji masakan Erma kelihatan begitu menyelerakan serta menyukai keakraban antara tiga beradik ini.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh Betty dan Erma. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Kasih sayang seorang kakak, bebel-bebel pun tetap onz masak untuk adik-adik.. Meriah betul menu Mak Cun, terbaik lah.. “
” Always buat kita terhibur baca akak punya caption.. Terima kasih selalu menceriakan hari sy, lebiu akak.. Semoga jumpa jodoh yg baik.. “
” Haaaa tapi fans tetap rasa sis Erma kakak yg baik n pandai masak.. Major love buat sis Erma, Datin Umie Aida n Betty Rahmat yg so close to each others.. “
” Bestt ooo adik bongsu blh mngorder je kat kakk sulung gini.. Me trbalik hat sulung ngorder nk mkn kt me sbb me ank perempuan sulung.. “
” Hahhahaha.. Sian mokcun smlm nak scam hanya masak kuewtiaw.. Hrini depa dtg lg suruh masak, lawakkkk la tgk adik bradik ni.. “
” Tak cukup mak semah Betty buli, kakak dia pon dia buli, hahaha.. Lawak betul lah kau Betty, ptutlah kakak kau pening, haha.. “
” Seronok tengok adik-adik tunggu belakang kakak masak.. Nampak sedap sangat menu2 Erma, terliur kita tengok tau.. “
Rupa-rupanya, Erma ni bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan menghasilkan drama yang menarik, malah Erma juga pandai memasak. Patut lah Betty dan Umie merindui masakan Erma. Tengok sahaja lah menu-menu yang dimasak oleh Erma itu, semuanya sangat menyelerakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad, ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

