Artis / Selebriti
” Dia kalau anak tiri pun dah puji ermm. Cantik luar dalam Tokti ni.. ” – Komen Netizen

Video Asyraf Khalid Mendedahkan Sikap Ibu Tirinya, DS Siti Nurhaliza Ketika Peminat Ingin Bergambar Raih Perhatian Ramai. Bagus Tokti Ni, Kalau Orang Lain Mungkin Dah Marah. Bila Anak Tiri Boleh Puji Melambung Macam Ni, Tak Perlu Disangkalkan Lagi Kebaikan Tokti !!
Semua mengetahui penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza akrab dengan anak-anak Dato’ Seri Khalid Jiwa. Tidak hanya anak-anak Dato’ Khalid, semua menantu juga sangat rapat dengan DS Siti. Semuanya menyayangi DS Siti yang dipanggil sebagai Mak Iti ini seperti ibu sendiri.
Meninjau entry di akaun Instagram Asyraf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan Apa Cerita Podcast yang menampilkan DS Siti sebagai tetamu. Banyak yang dikupas dan diceritakan sepanjang podcast ini dirakamkan dan DS Siti cukup sporting berkongsi pelbagai cerita.
Asyraf mendedahkan perihal kebaikan DS Siti yang diakui oleh ramai pekerja DS Siti. Kat Asyraf, Mak Iti adalah seorang yang baik dan tidak pernah berpura-pura. Berbelas tahun hidup sebagai anak tiri DS Siti, Asyraf memuji keperibadian DS Siti itu.
Asyraf antara orang terapat dengan DS Siti dan apa yang keluar dari mulut Asyraf sangat boleh dipercayai. Tersenyum sahaja DS Siti ketika Asyraf memuji dirinya. Semua yang ada pada DS Siti sekarang segalanya kerana ibunya, Mak Salmah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dia kalau anak tiri pun dah puji mmmm.. Tak perlu lah disangkal lagi kebaikannya.. untung asyraf dengan adik beradik dapat mak iti sebagai mak.. ”
” Ya betul setuju sgt… penat macamana pun tokti akan layan peminat utk ambil gmbr dan dgn senyuman… sbb tu berjuta2 org syg tokti termasuk saya.. ”
” Dia digelar pnyanyi no1 mlysiasifat sopan sntun, bradap n brbudi bhs yg tggi mmbuatkan org dr dulu smp skrg sk kan dia.. cnth trbaik ptt dicnthi.. ”
” I agree with u said that Siti is ‘ real’ .. the first time i met her .. she was already famous and she was humble enough to want to carry her own luggage or make up bags.. ”
” I was literally crying…. good job team and mak iti… u r true inspiration ctdk.. Alhamdulillah. Semoga Allah Taala merahmati kalian semua. Tahniah buat tim produksi. Keep it up your good work.. ”
” Setuju.. cantik luar dalam tokti ni.. Best episode kali ni.. mmg kelakar hbs korg ek.. akk ketawa je.. tokti ni pn lawak jgk.. ”
” Btol.. boleh nmpk tokti real.. dia bkn hipokrit.. air muka seseorg pon kita boleh tau dia sombong atau x, ikhlas or x, baik or x. keep it up tokti.. ”
Itu lah perihat seorang yang bernama Siti Nurhaliza. Walaupun sudah gah namanya namun tetap rendah diri dan hadir dengan seribu kebaikan. DS Siti menjadi idola dan inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Semoga DS Siti sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu bersama insan tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Asyraf Khalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Jujur betul pengakuan YB, takut pulak Bella. Takut makin banyak yang keluar daripada mulut YB, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila nak dapat baby ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen