Artis / Selebriti
” Dia datang dah, tak sanggup dengar. Punah raya tahun ni papa, haha.. ” – Komen Netizen
Dato’ Aliff Syukri kongsi teaser lagu raya barunya buat warganet terhibur. Adoi Dato’, bercampur baur perasaan dengar suara Dato’ menyanyi. Komen Tokti tu paling lawak, haha..
Usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri sememangnya dikenali ramai. Selain minatnya dalam bidang perniagaan, Dato’ Aliff juga suka menyanyi. Sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, Dato’ Aliff sekali lagi merakamkan satu lagu raya baru.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan gelagat Dato’ Aliff menyanyi di studio rakaman. Ini adalah sedikit teaser lagu raya yang Dato’ Aliff kongsikan untuk warganet yang meminta untuk dia membuat lagu raya.
Ramai di kalangan warganet yang terhibur setelah mendengar suara Dato’ Aliff itu. Tahap keyakinan Dato’ Aliff sememangnya tinggi dan sukar dicari dalam diri orang lain. Walaupun hanya teaser, sudah cukup membuatkan telinga warganet bingit dan menghilangkan mood untuk berhari raya.

Warganet juga mengusik Dato’ Aliff dengan mengatakan suara Dato’ Aliff seakan sedang bersajak. Namun di sebaliknya, suara Dato’ Aliff tidak lah terlalu teruk. Apa yang dipaparkan dalam versi ‘masuk air’ begini selalunya untuk meraih perhatian warganet semata-mata.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalendar saya lepas Ramadhan terus Zulkaedah.. siapa yg tk beli dia punya produk ni , sampaikan dia sempat buat lagu raya.. Menyentuh hati dan mengeluarkan air mata saya.. “
” Allahu, rasa nak jual semula baju raya aku weh.. auto hilang mood raya kalau gini lagunya dato.. Nak gelak ke nak ketawa.. Ke nak nagis.. tapi tak perlah.. Kelainan luar biasha.. haha. Memang no syatuuuu.. “
” Rasa nak tetas balik baju raya aku . rasa murung nk raya haha.. bakat yang terpendam, dan yang harus dipendam ni papa.. “
” Puasa pun belum lagi dh rasa sedih cam mana ni hgpaaaaaaa.. yang rekod pun pening, apa yang perfect dato haha.. “
” Dia datang dah.. tak sanggup dengar haha.. Ni syair ke pantun dato.. aduh migrain aku dengar.. habis lah.. “
” Punah raya tahun ni papa haha.. mak iti tolong nasihat dato’ menjerit dalam live je kami terima 200%.. kami support beli. Lagu raya jangan nanti puasa rasa panjang.. “
” Tok torn suara mcm nak start kereta Datsun buah kana je haha.. Ni lagu bukan untuk hari raya, ni sesuai untuk kejut bangun sahur haha.. “
Biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga ada meninggalkan komennya :

Terhibur warganet membaca komen yang ditinggalkan oleh DS Siti itu. Dato’ Aliff betul-betul keluarkan lagu raya baru tahun ini. Sama-sama lah kita tunggu hasil suara Dato’ Aliff selepas selesai recording nanti. Moga suara dan lagunya lebih baik daripada teaser ini, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Papalarisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

