Artis / Selebriti
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sedih pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen

Video Anak Sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni Ketika Ditanya Kenapa Odeynya Tak Boleh Pregnant Buat Ramai Terhibur. Banyak Betul Alasan Uwais. Rupa-Rupanya Ada Udang Sebalik Mee Laa, Bertuah Betul Uwais. Atok Raissuddin Pun Gelak Dengar Alasan Uwais Tu, Haha !!
Anak sulung Shuib, Uwais Al-Qarni memang akrab dengan atok dan neneknya, Raissuddin Hamzah dan Makder yang dipanggil Odey. Ke mana sahaja tournament golf yang disertai oleh Uwais, atok dan Odey adalah peneman setia hero kesayangan Shuib ini.
Bagi yang mengikuti media sosial Makder, pastinya sering melihat video Uwais berkepit dengan atoknya ini. Menerusi entry terbaru Makder di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Makder bertanyakan kepada Uwais mengenai ‘ Odey boleh pregnant atau tidak ‘.
Pada awalnya Uwais menjawab tidak boleh kerana alasannya di dalam perut Odey ada bermacam-macam makanan. Habis semua makanan disebut Uwais antaranya ayam dan mee mamak. Apa lagi, tergelak besar Makder dan atok Raissuddin mendengar jawapan si Uwais ini.
Rupa-rupanya Uwais tidak mahu Odey pregnant kerana katanya jika Odey ada baby nanti, Uwais tidak boleh lagi tidur di bawah ketiak atoknya. Alahai Uwais, manja sangat dengan atok Raissuddin. Tempat tidur paling nyaman dan tenang agaknya ye Uwais.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini telah pun mendapat lebih 8000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sebenarnya dia syg atok ngn odey.. Allahuakbar pengubat rindu pd arw4h ibu kan… moga Allah berikan 1001 kebahagiaan buat kalian sekeluarga.. ”
” Moga atok dan odey dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki… uwais boleh tido dengan atok sampai besar.. ”
” Odey boleh pregnant. Kena kongsi la ketiak atokkk haha. Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai hahah.. ”
” Adoiii aku lah si uwais ni haha.. atok pun sampai tergelak dengar ayam, mee goreng… selambar je dia jawab haha.. gurau manjahhh nenek dan cucu.. ”
” Manja atok btul ni haha. nampaknye odey kena main dengan cucu-cucu je la ye. takpe uwais, atok kan ada 2 ketiak hehe.. ”
” Tu sebenarnya modes operandi dia, tak kasi odey pregnant haha. Manja sangat cucu kesayangan atok ni.. ”
” Bertabahlah Odey, cucu atok sangat ni haha. Tu lah atok dengan cucu kan, manja sangat-sangat. Dalam ketawa, sed1h pulak dengar ayat last tu.. ”
Mencuit hati sungguh alasan yang diberikan oleh Uwais ini, maklum sahaja lah atok Raissuddin tempat Uwais bermanja. Lucu tetapi ada terselit sayunya kerana itu cara Uwais untuk menumpang kasih atok. Apa-apa pun, semoga Uwais sentiasa menjadi anak yang baik dan membanggakan seluruh keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen