Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia cakap nak duduk je, tapi berdekah satu auditorium ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan ketika bercakap bersama pengacara Talk To My Manager, Paknil buat ramai terhibur. Encik Paknil pun Encik Paknil lah Amayan, Paknil pula seronok menyakat Amayan. Part yang Amayan kata nak duduk tu berdekah semua, haha..

Pada minggu lalu, rancangan Talk To My Manager telah membuat kejutan kepada semua apabila menjemput Ammar Ahyan dan juga ayahnya, Dato’ Aliff Syukri sebagai pengacara Post Mortem Talk To My Manager. Kehadiran dua beranak ini membuat ramai penonton bersorak keseronokan melihat telatah mereka.

Pada minggu ini sekali lagi Amma diberikan tugasan diletakkan di kerusi panas untuk menyoal para manager dan para peserta Talk To My Manager. Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok Astro, Ammar kelihatan ditemani oleh ibunya, Datin Shahida ke rancangan tersebut.

Namun, apa yang menghiburkan adalah telatah pengacara Talk To Manager iaitu Pak Nil menyakat Ammar. Pak Nil bertanya kepada Ammar adakah Ammar mengenali dirinya. Seloroh Pak Nil, pada minggu lalu, Ammar telah memanggilnya dengan panggilan ‘ Encik Pak Nil ‘

Mendengar apa yang dikatakan oleh Pak Nil, para penonton yang hadir berdekah ketawa. Bukan itu sahaja, setelah Ammar mahu duduk, Pak Nil menyakatnya lagi adakah Ammar mahu bercakap apa-apa lagi. Dengan spontan Ammar berkata yang  dia mahu duduk. Telatah dan cara Ammar bercakap itu sekali lagi membuat satu auditorium bergema dengan sorakan ketawa orang ramai.

Tonton video di bawah ini :

@astromalaysia

Kelakar lah Ammar Hayyan ni 😂 Jom layan #TalkToMyManagerMY LIVE setiap hari Ahad, 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro One dan sooka! #TalkToMyManagerMY #AstroOne #fyp #JomUsha

♬ original sound – Astro Malaysia – Astro Malaysia

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Dia cakap nak duduk je, tapi berdekah satu auditorium ketawa, haha.. Geng Sepahtu boleh lah jemput Ammar join Sepahtu, haha.. “

” Tak perlu susah payah nk buat lawak cakap dia yg spontan pn dah lawak.. Habis semua orang pun ketawa tak henti2.. “

” Paknil pun memang best la mengehost. I almost forgot how good he was sampai dia jd host ni. Pandai entertain apa2 jenis orang dan handle apa2 jenis keadaan pn.. “

” Bertuahla budak ni. .. Adehlaaaa.. Nk tgk Talk to my manager sbb Amayan , Dekta & Ahmad jee hahaah Amayan mmang menghiburkn laa.. “

” Betol pandai Ammar… Untuk elakkan konpius sama nak panggil uncle ke atok ke lebih baik dia bahasakan formal encik/puan.. “

” Takder Saya nk duduk… Hahaha sopan dia sumpah klakar wehh.. Aku tungu part Ammar ja, part ni memang buat aku tak sabar nak tengok, haha.. “

” Amayan sgt sopan bdknya, terjaga adab dan tutur.. Tapi dia punya random mmg melawan arus dgn mimik mukanya. Itu yg jadikan dia kelakar, padahal dia tak buat lawak pun.. “

Ramai yang memuji dengan mengatakan cara Ammar bercakap dengan Pak Nil menggambarkan Ammar seorang yang tinggi adab dan tutur kata serta seorang yang sangat menghormati orang tua. Apa pula yang akan terjadi pada Ammar pada minggu hadapan, sama-sama kita nantikan.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok astromalaysia,azleeya94

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak