Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia bukan abang, dia sayang. Nasib tak tercekik YB, kantoi sudah.. ” – Komen Netizen

Video Spacedollah kantoikan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq ketika sama-sama shooting buat peminat BASS teruja. Penat Bella pusing-pusing panggil semua abang, sekali Spacedollah bocorkan rahsia. Sah, ni memang sah, haha.. 

Satu pintu rezeki ditutup, 10 lagi pintu rezeki terbuka. Itu yang selalu diucapkan oleh YB Syed Saddiq dan ternyata satu lagi rezeki datang untuk YB Saddiq dan Bella Astillah. Pasangan ini dipilih sebagai muka hadapan produk The Raw dan istimewanya, abang YB Saddiq, Spacedollah juga turut sama dalam gandingan ini.

Dari awal pagi sehingga ke petang, kerjasama yang padu diberikan oleh pasangan BASS dan Spacedollah itu. Banyak moment menarik yang terjadi dan mereka bekerja seperti sebuah keluarga. Spacedollah suka menyakat Bella dan YB Saddiq sepanjang shooting berjalan.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cik Dotty, telah dikongsikan perbualan antara Bella dan Spacedollah ketika mereka sedang rehat untuk makan. Kelihatan YB Saddiq sedang menjamu selera di sebelah Bella. Bella mengatakan semua orang yang lebih tua dipanggil dengan gelaran ‘ abang ‘.

Abang Dollah, Abang Salleh malah YB Saddiq juga digelar sebagai Abang Saddiq kerana usianya yang lebih tua dari Bella. Spacedollah pula mengusik Bella dan adiknya itu dengan mengatakan YB Saddiq bukan Abang Saddiq kerana dia adalah ‘ sayang ‘. Terang-terangan Spacedollah mendedahkan panggilan Bella untuk YB Saddiq.

Jom tonton video di bawah :

@cik.dotty

Dia bukan abang..Dia Sayang🤪🥰🥰 cr live : Syed Saddiq #bellaastilah #syedsaddiq #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #artismalaysia #trending

♬ original sound – Cik Dotty – Cik Dotty

Sehingga kini, lebih 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Macam macam jer kan spacedollah kantoi.. dia bukan abang.. dia sayang.. nasib tak tercekik YB.. adoi penat dh senyum2 Dr TD.. “

” Space dollah ami dgn jack ni kalau bergabung supply vitamin memang kite semua mulut berbuih overdose vitamin ekkk.. “

” Dia bukan abg…. dia sayang…. YB mkn tebehenti.. xpyh nk alih cam.. kami dh dgr.. jauh Jack lari.. “

” Bukan main menjeling dia bila Bella sebut abang Saddiq eh.. aduh saja kan bagi kantoi.best abg dollah, dia syg.. “

” Bila president Bass beri pickup line.. aku yg senyum dengar,dia bkn abg dia sayang.. penat aku laaa dgn bradik tlalu jujur ni.. “

” Akulah gelak lg sorg2 kat sini.. harulah.. Terbaik President BASS.. Kantoi sudah… Saddiq jer adik… Tapi dia bukan abang, dia sayang.. “

” Tersedak nasi. betul sekali bergabung semua, terbaik .. kantoi gitu je oleh spacedollah.. penat bella pusing.. Abang Dollah.. abg salleh.. abg saddiq.. “

Spacedollah memang the real president BASS, macam itu sahaja Spacedollah kantoikan Bella dan YB Saddiq. Bulat mata YB Saddiq mendengar kata-kata abangnya itu. Tidak berselindung lagi, pasangan ini memang sedang menuju hari bahagia mereka. Sama-sama kita doakan agar semuanya dipermudahkan untuk Bella dan YB Saddiq.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cik Dotty   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Skintific Lip Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak