Artis / Selebriti
” Dia boleh duduk baring diam kena peluk dengan ayah. Kalau dengan ibu, letak je menangis.. ” – Uqasha Senrose
Video Gelagat Anak Uqasha Senrose, Hawra Uqaira Ketika Ditidurkan Oleh Kamal Adli Buat Warganet Terhibur. Amboi Dengan Mata Bulat Tu Tengok Ibu. Dah Pandai Pilih Bulu Ibu Kata. Nakal Eh Uqaira, Hehe !!
Pada usia Hawra Uqaira yang sudah pun 3 bulan, anak sulung pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini menjadi antara anak selebriti yang disukai ramai. Warganet terutamanya peminat Kamal dan Uqasha menanti-nantikan video dan gambar terbaru Uqaira.
Meninjau entry di akaun Instagram qasha.kamal ( kelab peminat Uqasha dan Kamal ), telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat dan reaksi wajah Uqaira ketika sedang ditidurkan oleh Kamal. Elok sahaja Uqaira diam dipeluk oleh Kamal yang sudah lena tidur.
Pada paparan video tersebut, Uqasha ada menceritakan cerita di sebalik kejadian ini. Kata Uqasha, anak kesayangannya itu boleh diam sahaja walaupun Kamal peluk agak lama. Berbeza pula jika Uqaira berada bersama Uqasha, perangainya automatik menjadi manja.

Tambah Uqasha lagi, Uqaira hanya mahu berdukung dan tidak mahu diletakkan baring di atas katil. Sampai lenguh dan sakit pinggang ibu dek kerana sikap Uqaira itu. Bak kata Uqasha, Uqaira pandai pilih bulu. Sengaja Uqaira hendak membuli ibu ini, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak kalau dengan bapak senyap je.. kalau dengan ibu dia, huru hara dibuatnya.. asyik nak berkepit berdukung 24 jam.. ”
” Comelnya dia.. Ayah BF pertama utk anak perempuan. Tggu besar sikit mmg ibu x boleh lebih2 dgn ayah nnti dia cemburu.. haha.. ”
” Uqasha Senrose ada saingan haha tapi yang comel lah.. memang anak perempuan lebih manja dengan ayah dia.. ”
” Memang gitu.. dengan ayah dia behave baik je.. Sama laa kita Shaa… ibuu puas tepukkk suh tidoo… datangg ayah dia.. nohh satt haa dah Lena… dgn pak pak dia lena.. ”
” Anak perempuan memang anak ayah, kena terima hakikat tu Sha haha.. Anak ayah sangat ni ibu.. ”
” Manjanya Uqaira dengan ayah.. rilex je dia duk bawah ketiak ayah dia hehe.. Sejuk muka ikut ayah, membesar dengan bijak anak solehah.. ”
” Comelnya Uqaira dengan mata berkelip-kelip tengok ibu. Manja ayah tu, nak tido ayah peluk. geram tengok muka tak bersalah Uqaira tu haha.. bertabahlah ibu.. ”
Uqaira sudah pandai memilih sekarang, dengan ibu bukan main manja lagi tetapi apabila dengan ayah, terus menjadi behave. Bertabah lah ibu, perangai baby memang begitu. Tunggu Uqaira besar nanti, tentu ibu yang perlu berebut dengan Uqaira untuk berkepit dengan ayah, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qasha.kamal, IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen

