Artis / Selebriti
” Dia bawa lagu happy birthday pun lain macam, sebijik suara Sudirman.. ” – Netizen
Video Adik Arish Mikael Yang Memiliki Suara Seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad Menyanyi Lagu Happy Birthday Raih Perhatian Warganet. Part Arish Menyanyi Lagu ‘Malampagi’ Versi Sudirman Tu Pun Lain Macam Rentak Dia, Power !!
Sebelum ini pernah menjadi viral video seorang buskers iaitu Arish Mikael yang mempunyai suara begitu mirip dengan Allahyarham Datuk Sudirman. Baru-baru ini Arish menyampaikan karya seninya di Philharmonic Orchestra, KLCC yang mana Arish telah menyanyikan lagu Hujan di DFP untuk konsert Tribute Sudirman diiringi orkestra.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan kehadiran Arish ke konti radio Era. Menerusi video itu, Arish telah ditemani oleh pembantu peribadinya dan kedengaran Nabil bertanya usia Adik Arish Mikael.
Manakala menerusi video kedua pula, Arish diminta untuk menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ kepada Nabil yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari esok. Suara Arish membawa lagu tersebut begitu unik didengar dan saling tak tumpah seperti suara Allahyarham Datuk Sudirman.

Selain itu, turut diadakan battle lagu Sudirman antara Nabil dan Pak Azad. Pak Azad menyanyikan lagu ‘Terasing’, manakala Nabil pula menyanyi lagu ‘Toy0l’. Video terakhir pula memaparkan Arish menyanyi lagu ‘Malampagi’ versi Sudirman.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia bawa lagu happy birthday pun lain macam, sebiji suara Sudirman.. Comey jer adik ni… Mcm bdk sekolah je… Boleh gi jauh lagi ni.. “
” Serius weh, dengar suara dia terus terubat rindu kat arwah Sudirman.. Umo 20 ke, jgn tipu la dik. Tak baik tipu. Umo adik baru 10 tahun kan.. “
” Tak kan dh 20 tahun, nampak macam budak sekolah lah.. Tak tahan PA dia, Rahman kot.. Nnti ada show kt ktn bgtau laa.. Nk tgk gak.. “
” Dari buskers ke penyanyi.. Moga ko berjaya adik, memang nampak berbakat sangat.. Terbaik.. Sudirman kembali.. “
” Muka dia pn mcm Sudirman masa berlakon cerita apa tah.. Versi remaja.. Happy birthday Haji Nabil, smga sihat2 selalu.. “
” Saya suka tone mamat ni, memang bagus lah.. Ada lah nak sama dengan suara Sudirman.. Kalau diasah lagi ni, memang padu lah.. “
” Suara padu teruk, style dia pun rare, nampak lain.. Happy birthday dia nyanyi memang win, hehehe.. Suka dengar, menarik.. “
Pasti ramai yang terbayang arwah Sudirman menyanyi apabila mendengar suara Adik Arish Mikael ini. Suaranya sangat luar biasa. Semoga Arish yang mempunyai bakat besar ini akan terus maju jaya dalam bidang seni suara dan segala urusannya akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, arishmkael, TikTok era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti1 day ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

