Artis / Selebriti
” Di mana ada papa di situ ada Sara. Berkepit je berdua, so sweet.. “
Gambar Keakraban Anak Elly Mazlein, Puteri Sara Sefhia Dan Papa Azlan Buat Ramai Teruja. Macam Belangkas, Comel !!
Siapa mampu melupakan majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein pada 18 Januari lalu. Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom memilih seorang jejaka bergelar guru dari Kelantan bernama Cikgu Azlan untuk melengkapkan kehidupannya dan anaknya Puteri Sara Sefhia.
Bagi peminat setia Kak Lina pastinya mengetahui sejarah hidup Kak Lina terdahulu. Pernikahan pertamanya bersama pengarah Azmi Hatta memberikannya seorang cahayamata perempuan iaitu Sara Sedhia. Sara yang kelihatan amat mesra dan akrab dengan Cikgu Azlan sejak dari malam berinai mereka lagi buat ramai peminat gembira.
Keakraban Sara dan Cikgu Azlan yang digelar Papa Awan Nano itu sememangnya melengkapkan lagi kasih sayang seorang ayah buat Sara. Setiap posting yang dikongsikan oleh Kak Lina di Instagramnya pasti kelibat Sara dan Papanya itu menjadi tumpuan. Bahagia sungguh Sara sekarang.

Menerusi akaun Instagram, Kak Lina telah berkongsikan sekeping gambar yang kelihatan suaminya Cikgu Azlan bersama anaknya Sara sedang asyik mencuci pinggan di dapur. Gelagat dua beranak itu menarik perhatian netizen kerana sentiasa sahaja berkepit berdua. Sara memang manja sungguh dengan Papa ni .
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji keakraban Sara dan Papa Azlan ini. Antara komen-komen netizen :
” Pandai anak dara buat keja!.. “
” Di mana ada papa di situ ada Sara. So sweet.. “
” Rapat betul sara dengan papanya.. “
” So sweet papa awan nano dengan sara.. “
” Sweetnya papa.. “
” Seronok tengok Sara dengan papa nano manja sara.. “
” Rapat betul papa dan sara.. “
” Berkepit je berdua tu….. “
Dah macam belangkas pulak Sara dengan Papa Azlan ni. Membahagiakan dan saling bahagia agituuu. Hanya Allah yang tahu perasaan si kecil Sara ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Sara akan sentiasa berbahagia dan bergembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

