Artis / Selebriti
” Dengar Tokti countdown pon dah merdu, alahai.. ” – Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Sambutan Tahun Baru Di Dubai Buat Peminatnya Teruja. Wow Cantik Sangat Firework Burj Khalifa, Meriah Sungguh !!
Beberapa hari lalu Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi dirinya dan keluarga telah pun bercuti di Dubai. Bukan sahaja sebuah percutian, sebenarnya Dato’ Seri Siti telah pergi untuk melihat rumah yang baru sahaja dibelinya di sana.
Terbaru, menerusi akaun Instagram, Dato’ Seri Siti telah memuatnaik gambar bersama suami dan anak-anak ketika menyambut tahun baru di Dubai. Dato’ Seri Siti turut berkongsi video saat countdown tahun baru di hadapan menara Burj Khalifa.
Di ruangan kapsyen pada gambar bersama keluarga, Dato’ Seri Siti telah menitipkan ucapan tahun baru buat pengikut-pengikutnya di Instagram. Perkongsian oleh Dato’ Seri Siti tersebut telah menarik perhatian ramai.

Ada yang menyatakan rezeki Dato’ Seri Siti kerana dapat melihat suasana ambang tahun baru di Dubai bersama keluarga tersayang dan memiliki rumah di sana. Sehingga kini, video dikongsikan oleh Dato’ Seri Siti itu telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Gambar terbaru Dato’ Siti sekeluarga
Di ruangan komen, warganet telah meluahkan rasa teruja mereka dan berterima kasih kepada Dato’ Seri Siti kerana sudi berkongsi momen indah menyambut malam tahun baru di Dubai buat tatapan ramai. Antara komen-komen manarik adalah :
” Dengar Tokti countdown pon dah merdu, alahai. Happy New Year 2023 Tokti.. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu ditahun ini.. “
” Happy new year Mak Iti. Semoga dipermudahkan segala urusan dan moga hajat dikecapi aamin. Cantik sangat suasan di sana.. “
” Happy New Year Dato Siti to you and your family. Congratulations on your new abode. InsyaAllah till we meet again.. “
” Alhamdulillah.. Tq Tokti share video ni, tumpang happy tengok, dapatlah kami rakyat marhaein tengok firework kat Dubai.. “
” Terima kasih Tok Ti sharing utk sama2 kami sambut new year feel mcm kt DUBAI wlpn tk sampai Dubai hehe.. “
” Tahniah Tokti sambut tahun baru, rumah baru di Dubai. Tumpang gembira dengan kejayaan Tokti, moga terus bahagia bersama keluarga.. “
” Terima kasih Tokti share pd kami yg Ttak mampu lagi pegi ke sana ni. InshaaAllah mne tau akan datang nanti.. “
Wah nampak meriah sungguh sambutan tahun baru di Dubai. Memang rezeki Dato’ Seri Siti dapat membawa keluarga menyambut tahun baru di sana. Apa-apa pun selamat tahun baru buat Dato’ Seri Siti, semoga di tahun baru ini akan memberikan lagi banyak kenangan terindah buat Dato’ Seri Siti sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan

