Artis / Selebriti
” Dengar lagu dah nangis, tengok video lagi air mata mengalir.. ” – Komen Netizen
Video Ajak Shiro membantu seorang wanita dan anak perempuannya buat ramai sebak. Kebaikan yang mengukir senyuman pada insan lain. Touching sangat, terima kasih orang baik..
Ajak Shiro bukan nama asing untuk wargamaya. Ajak kini bergelar businessman dan mengusahakan perniagaan makanan dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Ajak banyak berkongsikan video membantu rakan selebriti dan orang awam yang menyentuh hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ajak, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Ajak membantu seorang wanita bersama anaknya. Cerita Ajak, sebulan yang lalu dia melihat wanita dan anaknya itu sama-sama mengayuh basikal dan ianya menarik perhatian Ajak kerana moment indah itu.
Ajak mengikuti pergerakan wanita tersebut kerana perasaan ingin tahu ke mana anak dan ibu itu ingin tuju. Rupa-rupanya mereka berdua ke jeti untuk mengambil ikan yang disedekahkan oleh orang. Ajak mengikuti sehingga ke rumah dan selepas bertegur sapa, Ajak memberikan sedikit wang untuk perbelanjaan wanita tersebut bersama anak-anaknya.

Siapa sangka Ajak akan kembali bertemu wanita ini. Jika sebulan lalu Ajak yang memberikan hadiah, kali ini wanita dan anaknya pula menghadiahkan Ajak air kelapa jualan mereka. Ajak menunjukkan satu contoh dan teladan bahawa memberi itu tidak mengurangkan, malah menambah lagi rezeki.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian oleh Ajak ini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dengar lagu dah nangis, tengok video lagi air mata mgalir.. Ya Allah .. semoga yang baik² buat semua. Sy suka content cmni…supaya bleh bukak mata yg mana kaya2 bnyk duit dia tahu mana tempat nk sumbang… niat kita baik Allah tolong.. “
” Antara barisan artis yg aku minat,bukan sbb bakat tp cara dia menyapa & mnolong org lain tu yg aku respect.. truskan berbuat kebaikan ajak.. “
” Sesuai nama Ajak.. mengAjak kearah kebaikan.. terbaik bro.. Aku suka kau ajak, doakan aku berjaya jugak, supaya banyak lagi boleh tolong orang orang susah. Ia seperti satu kepuasan.. “
” Menangis la tgok video ni. Dgn lagunye. Ya Allah ajakshiro ni gemar betul bagi org nangis tau. Semoga terus berbuat baik, Ajak. Memang sesuai dgn taglinenya yg akak masih ingat smpi hari ni.. Saya Ajak & saya tidak sombong. Respect.. “
” Aku bangga dgn ko ajak.. keep this effort..semoga ko dilimpahkan rezeki seluas lautan dan bantu mereka yg memerlukan. menitik jugak air mata jantan aku.. “
” Teruskan buat baik jer Ajak, kami suka melihat moment² positif yg awak tunjukkan.. video ajak semua buat aku nangis tau.. kebaikan ajak tu, sebab tu Allah murahkan rezeki Ajak.. “
” Ishhh tak baik la buat mata orang terkesat kesat macam masuk habuk ni.. aku tersenyum dgn mata bergenang tgok video ni.. teruskan berbuat kebaikan Ajak dan jadi inspirasi untuk semua.. “
Kebaikan dibalas kebaikan dan Ajak adalah insan terpilih untuk membantu sesama manusia yang lebih memerlukan. Semoga rezeki Ajak melimpah ruah seperti air zam-zam yang putus mengalir. Teruskan membuat kebaikan dan menjadi inspirasi untuk semua Ajak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takkan nak kahwinkan pulak.. ” – Sharifah Shahirah

