Connect with us

Artis / Selebriti

” Dengar getar suara Arrian terus ada 1000 rasa dalam hati. Dengung tu menusuk.. ” – Netizen

Video Anak Tomok, Arrian Shah Akid Mengalunkan Selawat Tafrijiyah Raih Perhatian Ramai. Alahai Sedapnya Suara Arrian, Mendayu-Dayu. Sebutan Pun Jelas Dengar. Syahdu Betul !!

Tomok antara penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanahair. Selain karier nyanyian, kehidupan peribadi Tomok bersama isteri dan anak-anaknya juga seringkali mendapat perhatian warganet setiap kali ianya dikongsikan kepada umum.

Meninjau akaun Tiktok Tomok, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan anak sulung Tomok, Arrian Shah Akid mengalunkan selawat Tafrijiyah sambil diiringi dengan petikan gitar oleh Tomok. Mendengar akan suara Arrian, ramai yang memuji kemerduan dan kelunakan suara Arrian.

Klik gambar untuk info..

Sebutan Arrian sangat jelas kedengaran dan lengkap dengan dengungnya. Ramai juga di kalangan warganet yang tersentuh mendengar alunan suara Arrian ini. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Arrian mewarisi bakat seni yang ada pada ayahnya ini.

Bukan hanya ada rupa paras yang handsome, menyanyi dan berselawat pun sedap Arrian. Bakal pelapis Tomok pada masa hadapa. Untuk makluman semua, selawat tafrijiyah ini juga baru sahaja dirakamkan oleh Tomok dan Siti Nordiana.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@tomoknewboyz

♬ original sound – TOMOK

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 52 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Selawat tafrijiyah ni kalau budak yg nyanyi kan.. mmg auto lagi sedih dan syahdu.. moga dipermudahkan urusan kita semua di bulan Ramadhan ini.. in shaa Allah.. Amin.. ”

” Alhamdulillah sedap suara anak Tomok.. Dengung dia tu sedap je, menusuk ke telinga. Merdu dan menyentuh hati.. ”

” Lemak merdu suara ank tomok copy paste ayahnya.. tiba2 teringat video dia nyanyi five little monkey. besarr dah diaa.. ”

” Allahuakbar syahdu nya suara arrian .. tenang rasa bila dengar selawat tafrijiyah.. syukur Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yg Soleh pada ibu ayah n adik.. ”

” Dulu ingat lagi ayah Arrian selalu usik diaa “biasee dia tuuu” tapi sekarang MashaaAllah… Semoga terus berjaya dunia akhirat Aamiin.. merduu suara sebak dengar.. ”

” Handsome dan merdunya suara anak tomok ni.. Bagus tomok, selawat dia bagi mmg sedap budak baca sbb suare tinggi dan x pecah.. ”

” Allahuakbar… Alhamdulillah… Dari baring terus Acik bersila. Dengar Getar suaraNya terus ada 1000 rasa dlm hati. Semoga adik sihat selalu & jadi anak yg soleh untuk dunia dan akhirat.. ”

Klik gambar untuk info..

Alunan yang menginsafkan dan mendamaikan hati, bagus Tomok melatih Arrian untuk selalu berselawat. Semoga Arrian menjadi anak yang soleh, yang membanggakan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak dan menjadi insan yang berbakti kepada semua orang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Tomok

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT