Artis / Selebriti
” Dengan mommy siap nyanyi dia buat derkkk jer, dengan daddy kemain manja.. ” – Komen Netizen
Video perbezaan gelagat Nur Izzara apabila bersama Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS buat ramai terhibur. Amboi Zara, kalau dengan daddy bukan main lentuk lagi yer. Bila dengan mummy, Zara buat tak reti je, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Alyah, posting terbaru Alyah telah meraih perhatian ramai. Alyah berkongsi gelagat cahaya matanya, Nur Izzara atau Zara apabila bersama ibu dan bapanya. Melalui video ini, kita dapat melihat Zara lebih rapat dan manja dengan siapa.
Apabila Zara bersama bapanya, Dato Ramli MS, Zara dilihat sangat manja. Zara boleh berbaring bersama bapanya sambil melayan telefon bersama-sama. Alahai, nampak manja sungguh Zara dengan daddy. Siap bergolek-golek lagi sebelah daddy.
Berbeza pula apabila Zara bersama mummy, Zara kurang memberikan respon walaupun Alyah menyanyikan lagu buat Zara. Alahai Zara ni, suara mummy tu sudah cukup merdu tetapi Zara buat tidak tahu sahaja. Bersabarlah mummy, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 5 jam ia dimuatnaik. Anak perempuan kebiasaannya memang lebih rapat dengan bapa berbanding dengan ibu. Begitu juga sebaliknya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Best Ada mummy penyanyi, part daddy memang tak bole nak ckp la , bapak2 memang mcm tu .. Dgn mommy siap nyanyi dia bt derkkk ja dgn daddy kemain.. “
” Amboii memang daddy girl betul ea zara .. Daddy girl, teman masa baby dan teman gaduh bila dah besar. Tapi she always get priority dari mum.. “
” Ni mmy daddy girl… mummy jgn jeles ye.. Dgn daddy mmg kena santai2 jer .. cool jer.. bru jd geng! dgn mommy skema sikit pretend manja2 skit.. “
” Manja betul dengan daddy.. Mulut tu dh sama dgn Daddy comel nya.. Betul2 anak daddy ni.. Relax je dengan daddy .. “
” Syoknya suara sedap nyanyi utk anak, kita kalau nyanyi sampai tersedak sedak, nak ceriakan anak punya pasal.. Syok zara..baik punya landing atas dada daddy.. “
” Manja dia lain mcm ek ngan dedi… Santai ye bby.. Elok betul landingnya eh dengan daddy .. Anak manja daddy nihhh.. “
” Aloo tok ram comel.. Tok ram penyayang.. Comel la zara ngn daddy.. Ank pompuann.. mmg daddy la mng.. Adik tau tak daddy adik tu tok ram,mummy adik tu alyah.. “
Kehadiran Zara dalam kehidupan Datin Alyah dan Tok Ram menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan berumahtangga. Semoga Zara membesar dengan sihat dan dilimpahi kasih sayang yang secukupnya daripada mummy dan daddy. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

