Viral
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Ayah arwah Nurly Sahirah (UPSI) dedah cerita salah seorang mangsa terselamat tentang keadaan Nurly menyelamatkan nyawanya ketika insiden terjadi. Sedihnya dengar, sayang sungguh Nurly kepada sahabat hingga dirinya sendiri terkorban..
Seminggu sudah berlalu sejak insiden bas terbalik di Gerik, namun kisah-kisah anak-anak hebat yang terkorban masih menjadi buah mulut ramai. Nurly Sahirah antara nama yang menjadi perbualan dan sehingga ke hari ini, kediamannya menerima kunjungan ziarah daripada orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Khairunnisaterengganu01, telah dikongsikan satu perbualan antara wakil Persatuan Isteri Wakil Rakyat & Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu bersama ayah Nurly. Seperti sebelum ini, ayah Nurly kekal tenang dan melayani tetamu dengan penuh rasa hormat.
Ada sesuatu yang baru diketahui oleh ayah Nurly dan ianya diceritakan dalam video perkongsian ini. Kata ayah Nurly, semalam salah seorang sahabat Nurly yang terselamat datang ke rumah untuk menziarahi pusara Nurly dan ahli keluarga Nurly.

Di situ lah terkeluar cerita bagaimana Nurly menyelamatkan nyawanya ketika bas yang mereka naiki terbalik. Hebat seorang Nurly Sahirah, dalam keadaan genting pun masih memikirkan sahabatnya. Warganet kagum dengan sikap Nurly itu, sifat yang sangat terpuji.
Jom tonton video di bawah :
@khairunnisaterengganu01 Video perkongsian kisah kematian Almarhumah Norly Shahirah oleh ayahnya kepada kami. Semoga dapat dijadikan pengajaran yang baik, kematian yang dicemburui. Al-Quran merupakan teman hidup sampai bila-bila 🤲 #upsi #kemalanganbas #ziarahkasihsayang #ziarahmahabbah #khairunnisaterengganu
♬ 影视剧情悲伤叙事 Relaxing Piano Music Peaceful Soothing Music – Space Flower
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya dia rela korbankan diri dia sendiri.. Allahurabb tinggi betul sifat kasih sayang awak adik Nurly Sahirah.. “
” Beruntung keluarga Allahyarhamah adik nurly sahirah.. sifatnya yang tulus.. Semulia dan seindah namanya.. “
” Tidak disebut namanya kepada kami. Tapi ayah allahyarhamah maklumkan kawan yg selamat tu mari ziarah keluarga Nurly dan ceritakan kpd ayah ini.. “
” Allahu baiknya la budak ni.. Semoga Allah masukkan adik Nurli ke dalam syurga paling tinggi.. baru tahu kisah dia selamatkan kawan dia.. “
” Subhanallah mulianya sifatnya.. Klu tak salah ada video sebelum ni sebut nama lili yg dipeluk oleh arwah nurly. jadi rasa budak tu lah kot.. ada 1 video dia ditemuramah yg dia menangis atas katil hospital.. “
” Lily x silap nama budak tue.. dia dduk sebelah arwah nurly.. esk dia akn mnjalani bbrapa operation.. akak ipar kepada lili suzana sndiri ckp adk dia dipeluk oleh arwah nurly.. “
” Sungguh mulia hati kau nurly sahirah, kau sngop korban kan nywa kau demi selamatkan sahabat kau.. tidak mgkin ada lg org sprti kau nurly yg snggop mnggadaikan nywa demi sahabat kau nurly.. betol2 suci dan bersih hati kau.. “
Mulianya sifat Nurly yang sangat penyayang terhadap sahabatnya. Sahabat dunia akhirat yang tidak akan dapat ditukae ganti. Semoga segala pengorbanan Nurly diberikan ganjaran syurga abadi. Tenang lah di sana Nurly dan semua kebaikan Nurly akan menjadi pedoman kepada orang ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Khairunnisaterengganu01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
