Artis / Selebriti
” Dekta pro, dia boleh kawal emosi masa persembahan tu. Sebak pula tengok Thalita.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menangis di belakang pentas sebelum membuat persembahan buat ramai yang tertanya-tanya. Masa juri bagi komen, baru lah Shuib dedahkan apa yang sebenarnya terjadi sampai Thalita menangis..
Untuk konsert Talk To My Manager minggu ketiga, Thalita merupakan peserta terakhir untuk membuat persembahan. Sebelum giliran Thalita sampai, tular satu video yang memaparkan Thalita menangis di belakang pentas dan ramai yang tertanya-tanya mengapa tiba-tiba Thalita sedih.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hlive, Tiktok Watie Hanifiah dan Aminbinsyid, telah dikongsikan moment di back stage itu. Emosi Thalita kelihatan terganggu dan wajahnya sedikit agak tegang sebelum membuat persembahan. Turut kelihatan, Shuib dan Thalita bercakap dari hati ke hati.
Ketika melakukan persembahan, Thalita begitu all out dan enjoy menyanyi. Tidak kelihatan langsung kesedihan pada riak wajah Thalita walhal sebelumnya Thalita sedang kesedihan. Rupa-rupanya ada krisis dan salah faham yang terjadi antara Shuib dan Thalita. Perkara itu didedahkan oleh Shuib ketika juri memberikan komen kepada Thalita.

Shuib mengatakan dia merasa bangga dengan Thalita kerana mampu mengawal emosi dan bertindak secara profesional. Ada masanya pasti ada pertelingkahan antara anak dan ayah, namun Thalita begitu profesional mengatasi masalah mereka itu. Di atas pentas, Shuib memeluk erat Thalita. Bonding anak dan ayah yang sangat sweet.
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
@aminbinsyid #talktomymanager #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
♬ original sound – abang sanggul lintang – abang sanggul lintang
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Good Job Thalita.. U can manage it well… nampak aura tu.. ala bang Ib ishhhhh, thalita_shuib dah all out persembahan ok Terbaik buat Terbaik next seterusnya.. “
” Dekta kena tegur dgn dady dia kot, tp dekta good sbb dia walaupun masih budak dia matang.. kita kalau nangis , nyanyi dah tak keluar suara . Daddy pun kena kawal marah, jgn nak pressure sangat.. “
” Daddy marah tu sbb daddy syg dekhta taw …. tpi apa2 pun dekhta dh buat yg terbaik malam stage tdi… sokong dekhta yeaaahhh .. dag dig dug … “
” Shuib saja nk test emosi dekta.. Dia tegur dekta then dekta nangis. Shuib nak tgok mcm mana dekta buat persembahan dalam emosi.. Tapiiiiiii dekta pr0.. Dia boleh kawal emosi masa persembahan tu.. “
” Tiba-tiba sebak pula tgk adik thalita terharu sngt sngt dgn semangat yg dia ada teringat dgn arwah Siti Sarah ibunya btl2 ada aura dlm diri Talita.. “
” Siapa yg tgk masa live thinker studio tgk dia nangis msti risau takut dia xleh perform. tapi dekta bagus sgt tahniah.. thalita profesional.. “
” Aura dia kalau kat stage memang lain. ikut aura ibu nya All out bila buat persembahan.. proud of u dekta.. trus kan melangkah dekta.. support dekta.. “
Pada usia Thalita yang baru 12 tahun, Thalita sudah menunjukkan kematangannya dan pandai mengawal emosi. Thalita tahu apa yang perlu diberikan tumpuan terlebih dahulu sebelum dia melayan perasaan sedih. Semoga Thalita berjaya ke final dan menjadi juara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Watie Hanifiah, Tiktok Aminbinsyid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen

