Artis / Selebriti
” Datin pun kemain yer ambil kesempatan kenakan Tok Ram, haha.. ” – Netizen

Video Datin Alyah Menyakat Suaminya, Dato’ Ramli MS Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Lagi Tok Ram Posing, Punya Lah Nak Datin Alyah Ambil Gambar Dia. Part Last Tu Memang Lawak, Macam Tu Je Datin Alyah Bagi Ayat Dekat Tok Ram, Haha !!
Umum mengetahui Dato’ Ramli MS merupakan suami kepada penyanyi Datin Alyah Abu Hasan. Pasangan ini kurang berkongsi mengenai hal rumahtangga mereka kepada umum. Dato’ Ramli dan Alyah lebih suka berkongsi tentang perkembangan kerjaya mereka sahaja.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan telatahnya menyakat Dato’ Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram. Menerusi video itu, tulis Datin Alyah yang Tok Ram meminta mengambil beberapa gambar posing raya.
Namun begitu, Datin Alyah sempat merakam video telatah Tok Ram ketika bergambar. Setelah selesai bergambar, kedengaran Datin Alyah menyuruh Tok Ram mengangkat begnya dan seloroh Datin Alyah lagi, Tok Ram berangan menjadi seorang model.
Perkongsian video oleh Datin Alyah ini mengundang tawa para peminatnya. Ada yang menyakat Datin Alyah dan Tok Ram sekarang semakin sweet dan kelakar. Sehingga kini, video baru Datin Alyah serta Tok Ram menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video dan kapsyen Datin Alyah. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Uishh Tok Ram jadi budak o’od. Datin pun kemain ambil kesempatan kenakan dia, haha.. Makin lama makin kelakar lah Tok Ram dan Datin.. “
” Sejak join travellawak bapak2 ni makin haru kelako Tok Ram ni, hahahaha.. Comel Tok Ram post mcm teenagers, hehe.. “
” Tok Ram blh masuk maharajalawak.. Dulu series j sekarang buat ape2 pn klako.. Selalu nmpk Tok Ram minum tealive. Tealive kena amik Tok Ram jd model nih.. “
” Wehh .. Ini kali tokram rosak terukk .. Hahaha.. Amboiii biasa dia sekarang yer, konon-konon nak jadi model lah yer, haha.. “
” Hahahahah aku tak blh lah gn tokram ni… garang2 comey… Apapun ku doakan semoga bahagia hingga jannah with Alyah loveeeee .. Minat dua2.. “
” Tealive dengan Tok Ram memang bagaikan isi dan kuku kan datin.. Hahahaah sejak dah diyakini “bapak2 Malaysian” ni … Kelasssss ek Tok Ram.. “
” Tak payah nk jadi model, ambik bag bawa balik, haha setempek Datin bagi ayat dekat Tok Ram, hahaha.. Kelakar lah dengar.. “
Sempat lagi Datin Alyah mengenakan Tok Ram. Tok Ram pun cool sahaja apabila kena usik dengan isteri. Apa-apa pun, semoga kehidupan rumahtangga pasangan ini akan terus bahagia bersama dan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen