Artis / Selebriti
” Daripada tanya soalan yang tidak sepatutnya, lebih baik mendoakan.. ” – Zizi Kirana
Video Yusuf Bahrin memeluk erat isterinya, Zizi Kirana sebelum Zizi berlepas ke G4za buat ramai tersentuh. Sedih tengok muka Yusuf dan Zizi tahan sebak..
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana berpelukan sebelum Zizi berlepas ke G4za telah mengundang sebak ramai orang. Video tersebut dirakamkan ketika Yusuf menghantar Zizi ke KLIA.
Zizi pergi ke sana atas tujuan menjalankan misi bantuan kemanusiaan selama satu bulan. Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan rumahtangga pasangan selebriti ini dalam keadaan tidak begitu baik. Namun menerusi video segalanya terjawab yang hubungan mereka masih baik.
Untuk info, misi ke G4za ni bukanlah kali pertama disertai oleh sukarelawan dari Malaysia. Keadaan di sana juga sangat genting dengan peperangan berterusan, kekurangan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal. Pastinya pemergian Zizi ke sana merupakan satu cabaran.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Zizi juga sebelum ini pernah menyatakan kepada Mstar yang dia redha jika tidak dapat pulang semula ke Malaysia kerana mati syahid merupakan impiannya.
Jom tonton video di bawah :
@amiraaothmann4
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Saya minta maaf banyak2 ye zizi kirana dan suami yusuf bahrin..sbb sy dok tgk netizen2 kate dh berpisah la ape la..dan afe yg kate skandal yusuf dgn alya iman..sy pun percaya dan sy pun cerita kt suami.. “
” Kelihatan manja sekali di pelukan suami. perliharakan rumahtangga mereka Ya Allah. Entah la. Bagi saya sebaik2 tempat seorang isteri di rumah & disisi suami.. “
” Semoga Allah pelihara dan bahagiakan perkahwinan zizi kirana dgn yusuf bahrain selamanya sehingga ke Jannah. Aamiin.. “
” Ni la part aku tggu vibes crta yg aku sllu baca..smga Allah pegang hati kedua2nya. Isteri yang kuat, diringi doa dan restu seorang suami…Ya Allah selamatkan lah perjalanan mereka ke gaza..Takbir.. “
” Mana netizen yg over sgt tadi psl ni, haa tgk lah laki dia ada je dtg hntr skli..tak payah sibuk nk bt kesimpulan sendiri psl rumah tangga org.. “
” Klw betul ada rajuk di hati..semoga perpisahan smntra ini akan lebih mengeratkan lg hubungan mereka.. moga rindu akan menyatukan kmbali hati.. “
” Video yg di tunggu.sebaknya rasa..moga yg baik2 buat mereka berdua..in shaa allah aminn.. Alhamdulillah..semoga jodoh berpanjangan buat mereka berdua .semoga zizi selamat pergi dan balik .. “
Perkongsian di Instastory Zizi :

Pemergian Zizi Kirana ke G4za bukan sahaja melambangkan rasa peduli seorang anak seni, malah menjadi simbol kekuatan solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin. Semoga segala urusan dipermudahkan sepanjang Zizi berada di sana. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : TT Zizi Kirana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

