Artis / Selebriti
” Dari situ Faz nampak dia memang sangat setia.. ” – Nur Fazura

Video Fazura menjawab kenapa dirinya menggelarkan Hisyam Hamid sebagai ‘ family man’ . Part Fazura cerita reaksi Fatima ketika berjumpa Hisyam di hospital tu memang win..
Baru-baru ini telah menjadi perbualan ramai apabila pelakon Hisyam Hamid telah dipuji oleh aktres jelita, Nur Fazura menerusi siaran langsung di TikTok. Bahkan, ada media menemuramah Hisyam dan bertanya mengenai hal tersebut. Menerusi satu temubual, Hisyam mengatakan kata-kata pujian yang diberikan oleh Fazura tersebut sebagai satu bentuk penghargaan buat dirinya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan Hot Squad ada menghubungi Fazura dan bertanya mengenai kisah di sebalik kenapa Fazura menggelarkan Hisyam Hamid sebagai family man.
Fazura berkata, hal itu terjadi ketika dia sedang membuat live dan ada di kalangan para peminatnya bertanya kepada Fazura siapakah gerangan hero yang ingin Fazura bergandingan bersama ketika berlakon. Ada juga memberikan cadangan beberapa orang pelakon lelaki antaranya adalah Hisyam.
Tambah Fazura lagi, dia pernah berlakon bersama dengan Hisyam dan akui Fazura memberikan pendapat jujur dengan berkata, Hisyam seorang setia dan dia sangat mengutamakan keluarganya. Bukan itu sahaja, Fazura juga ada berkongsi cerita pernah berjumpa dengan Hisyam ketika di hospital bersama Fatima.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fazura. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alah biasa lah tu, tak ada hal lah.. Dendam pontianak diorg berlakon samakita minat dia org berlakon.. Nampak lah serasi.. “
” Padahal Faz bukan puji Hisyam je Beto, Meerqeen.. Tapi media je yg over ambil part Hisyam je tak paham aku.. Mybe sebab dia duda, hahaha.. “
” Kalau Faz cakap Hisyam Hamid family Man sekalipun apa masalahnya… Hak dia kasi pendapat.. Rasa tak ada apa-apa pun.. “
” Fazura puji ramai lg retis lelaki tp nape duda ni djadikan topik hehe.. Eh rasa Fazura ni tak bersedia lagi lah nk couple2.. “
” Panjang lebar pendapat, trsenyum mendengar.. Huhuu nampak mcm family man plus hensem.. Laju betul kome ye bab2 nk matching2 ni.. “
” Fazura hanya beri pendapat mengenai Hisyam, dan semua org berhak beri pendapat masing masing. Alangkan isteri orang pun boleh beri pendapat pasal duda, kenapa pula Fazura tak boleh.. “
” Dia share pendapat sahaja, ramai yang salah faham.. Sapa yg kata2 tu mmg tkda otak, bukan ckp benda buruk pun kan.. “
Wah sempat lagi Fatima cakap Hisyam handsome. Apa-apa pun, harap dengan penjelasan Fazura menggelarkan Hisyam sebagai family man ini tidak akan menjadi spekulasi negatif dan ia hanyalah sekadar kata pujian daripada salah seorang rakan yang pernah bekerjasama dengan Hisyam sebelum ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, missfazura, hisyamhamid7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza