Artis / Selebriti
” Dah remaja anak Ina yang ni. Sedap suara macam suara Ina.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Perempuan Ina Naim, Phyrosh Elfadwah Menyanyi Raih Perhatian Warganet. Dah Besar Anak Ina, Lunaknya Suara Phyrosh. Macam Suara Ina Dalam Lagu Duhai Hati. Best Dengar, Mendayu-Dayu Suara Tu !!
Semenjak pemergian arwah Suhaimi Saad, kehidupan Ina Naim dan anak-anaknya menjadi perhatian warganet. Untuk rekod, perkahwinan Ina dan Suhaimi dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Salman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Ina masih lagi berkongsi posting di akaun media sosial miliknya, namun tidak seaktif dahulu ketika arwah Suhaimi masih ada. Baru-baru ini, perkongsian video anak-anak lelaki Ina bersama kumpulan In Team menyanyi bersama ada dikongsikan di akaun media sosial kumpulan InTeam.
Anak-anak Ina sememangnya mempunyai bakat dan suara yang sedap didengar. Kali ini, warganet berpeluang mendengar suara Phyrosh pula. Menerusi akaun Tik Tok Ina Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Phyrosh.

Warganet mengatakan suara Phyrosh kedengaran seperti suara Ina dalam lagu Duhai Hati. Lunak dan merdu suara Phyrosh mengalunkan lagu Menahan Rindu dengan baik sekali. Walaupun Phyrosh menyanyi sambil duduk, namun tetap maintain sahaja suaranya.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 anak Ina Naim phyrosh,menahan rindu#inanaim #suhaimisaad #anakinanaim #menahanrindu #karox #fyp #viral
Sehingga kini, perkongsian itu telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Remaja dah anak Ina yang ni.. dulu kanak-kanak lagi kita tengok dia… Phyrosh nak tuju lagu jugaa.. ”
” Sedap suara mereka ni.. berbakat besar and berjaya macam ibu dan ayah dia suatu hari nanti.. ”
” Macam suara Ina menyanyi lagu Duhai Hati.. bagus lah suara Phyrosh ni.. sedap suara mewarisi bakat SS dan Ina.. ”
Bukan selalu dapat mendengar suara Phyrosh menyanyi dan suaranya boleh diketengahkan lagi. Pastinya arwah Suhaimi sudah menurunkan banyak ilmu dan teknik nyanyian kepada anak-anaknya. Kawalan suara Phyrosh juga kedengaran agak bagus.

Phyrosh ada bakat dan suaranya itu adalah kurniaan Allah. Sekiranya bakat Phyrosh ini terus digilap, tidak mustahil Phyrosh boleh menjadi pelapis penghibur tanah air. Apa-apa pun, semoga Phyrosh terus ceria dan gembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira

