Artis / Selebriti
” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz meniru gaya tarian viral Khairulaming buat warganet terhibur. Adui Mirul, tarian apa Mirul buat tu sampai KA pun komen. Halus je KA bagi, confirm failed ni, haha..
Tarian Khairulaming yang viral di media sosial menjadi bahan usikan warganet. Ramai yang remake kembali tarian ini dan pelbagai gaya tarian yang melucukan dapat dilihat. Selepas Syamel dan Ernie, giliran Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz pula meniru gaya tarian oleh Khairulaming itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ain Edruce, telah dikongsikan satu video yang memaparkan tarian mereka. Bagi yang mengikuti perkembangan Ain dan Amirul pastinya sudah mengetahui, gaya Amirul yang mencuit hati dan selalu kelihatan blur jika beraksi bersama Ain.
Step tarian yang Amirul cuba tunjukkan dalam video ini juga mencuit hati warganet. Ramai yang menyamakan tarian Amirul seperti tarian Mr Bean. Tidak kurang juga yang melihat tarian Amirul seakan patung angin yang selalu dipasang di hadapan stesen minyak.

Ain sendiri tergelak melihat tarian Amirul itu sehinggakan Amirul terhenti menari. Namun Amirul kembali menyambung tariannya apabila melihat Ain menari kembali. Tulis Ain di ruang kapsyen, step yang Amirul tunjuk tidak ada dalam video Khairulaming.
Jom tonton video di bawah :
@ain.edruce Saya tak rasa step ni ada dlm video @Khairulaming tu.. mana mirul belajar step ni? Baju raya aku dari @LARNEY 🩷💥
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 120 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Halus menyengat KA bagi pada Mirul haha.. confirm gagal kalau dah tepek stiker macam ni haha.. syamel pun dah kena, terdiam member.. “
” Weh husb dia macam patung angin yang selalu berkibar kat stesen minyak tu haha.. adoiii sakit perut gelak.. “
” Dah mcm wiper Saga Lama dh Mirul haha.. aku tgah imagine yg aku nie staff mirul.. sbelum masuk office lalu video nie, smpai office tgk bos yg dikatakan garang kat tempat keja.. “
” Bini dia sambung, dia pun ikut sambung balik. haha adui mirul, lawak lah dah macam mr bean menari dah.. “
” Dah macam patung depan petron tu ja memanggil customer masuk. adoyaiii mirul oiii.. sekufu, sesudu, sesuap lah korang berdua ni.. “
” Ain memang suke beno mengusik suaminya… yang bagusnye… suaminya melayan.. love tengok depa ni.. “
” Sumpah macam mr bean , aku tak boleh lah haha.. masalahnya dia continue balik ending tu. cramp kejung perut aku ketawa.. “
Komen daripada Khairulaming yang menggeletek hati warganet :

Adui, memang lawak sungguh melihat tarian oleh Amirul dan Ain itu. Walaupun merajuk, sempat Amirul menghabiskan step tariannya itu. Menari seperti Mr Bean pun tidak mengapa lah, asalkan Amirul dapat memenuhi permintaan isteri tercinta. Apa-apa pun, semoga pembaca turut terhibur menonton video perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

