Artis / Selebriti
” Dah macam Koala dah papa Haikal dukung awak baby Noah semalam.. ” – Ibu Baby Noah
Video cara Hisyam Hamid mendukung baby Noah ketika sedang shooting drama Andai Tiada menjadi perbualan warganet. Ramai yang risau, tapi Baby Noah macam selesa je bila Papa Haikal pegang macam tu..
Bagi yang mengikuti drama Andai Tiada Dia, pasti menyukai watak baby yang bernama Luqman. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik akmasyafira, telah dikongsikan video gelagat Luqman atau nama sebenarnya Noah bersama pelakon Hisyam Hamid yang membawa watak Haikal dalam drama tersebut.
Menerusi video itu, kelihatan Hisyam sedang mendukung Noah ketika menajalani penggambaran. Namun apa yang menjadi perbualan warganet adalah cara Hisyam mendukung Noah. Hisyam begitu santai memegang Noah sebelah tangan dan Noah kelihatan sedang berpaut pada tangannya.
Ada yang mengatakan tidak selesa melihat cara Hisyam memegang Noah kerana Noah masih bayi dan risau jika terjatuh. Namun, ada juga yang menyokong cara Hisyam setelah melihat Noah begitu tenang dengan cara Hisyam mendukungnya itu.

Difahamkan video ini dikongsikan sendiri oleh ibu Noah dan seloroh ibu Noah di ruangan kaspyen mengatakan terhibur melihat gaya Noah sudah seperti seekor koala. Sehingga kini, video Hisyam mendukung Noah telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@akmasyafira Dah macam koala dah papa Haikal dukung awak baby noah semalam #andaitiadadia #behindthescenes
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet apabila melihat cara Hisyam mendukung baby Noah seperti itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Diam je dia macam teddy bear, comel betul lah. Dukung mcm nie yg disarankan doktor, cuma kite nie kuat ke tak jelah. Hisyam nie kira tangan dia kuat.. “
” Nape rmai tak tau teknik pegang baby camni.. Pegang cmni lg dorang suka sbb kita tak pegang blkg badan dia.. “
” Dalam hati baby Noah… Apa la org2 beso nie buat erkk… “Kejap marah ketawa nangis gaduh… Pening aku tau, hahahaha.. “
” Jgn terkejut ye…. Dokter2 pakar semua lg ganas pegang baby, tp dorg tahu tu tmpt selesa bby.. Baby memang suka bila didukung gitu.. “
” Sbnrnye mmg tu la posisi plg diorg selesa… Doc ajar posisi mcm tu bwt diorg tenang. Santai kwn2, heheh tengok Noah diam je, suka sangat lah tu.. “
” Dukung mcm tu la betul.. Bdk tak ngis. Tgk Noah tu diam je. Bijak btl. ComeL lah budak ni.. Pandai berlakon walaupun baru baby, hehe.. “
” Bapak2 boleh dukung macam ni, sebab tangan kuat, mak2 tangan tak kuat sngt, lagi 1, kalau anak sy tk bole dukung mcm ni, dia suke mengelitat mcm belut, time dukung dia.. “
Pelbagai pendapat yang diberikan oleh warganet selepas menonton video Hisyam mendukung Noah. Ibu baby Noah yang memuatnaik video ini pun okey sahaja melihat anaknya dipegang seperti itu. Baby Noah juga nampak selesa sahaja. Hisyam juga ada pengalaman menjaga anak sendiri ketika baby. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok akmasyafira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

