Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

Video ucapan anak Bella Astillah, Ayden Adrean dan Mama Bella, Mama Eina sempena sambutan ulangtahun kelahiran Bella buat ramai sebak. Sedihnya dengar kata-kata Mama Bella, terasa pedihnya hati seorang ibu.. 

Tahun ini cukup istimewa buat pelakon, penyanyi dan penyampai radio, Bella Astillah. Segala episod duka Bella suatu ketika dahulu kini digantikan dengan satu nikmat bahagia yang tidak terungkap dengan kata-kata. Di sebalik suka duka Bella, adanya seorang ibu yang dipanggil Mama yang menjadi sumber kekuatan untuk Bella.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Auralisse_,telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sambutan hari lahir Bella di rumahnya semalam. Ianya diadakan bersama YB Syed Saddiq, ahli keluarga Bella dan sahabat handai Bella.

Ucapan daripada anak sulung Bella, Ayden Adrean menyentuh hati Bella dan membuatkan Bella menangis. Mama Bella yang dipanggil Mama Eina oleh kawan-kawan Bella juga tidak dapat menahan air matanya. Bella turut menjemput mamanya untuk memberikan ucapan.

Mendengar ucapan mama Eina, ramai yang tersentuh hati. Sambil bercakap, air mata mama Eina menitik mengenangkan nasib Bella dan segala kecaman serta cacian yang diberikan oleh haters terhadap anaknya ini. Luluh hati warganet mendengar luahan hati seorang ibu.

Jom tonton video di bawah :

@auralisse__

Ucapan ayden sempena birthday mommy @Bella Astillah 😘 @𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL #bellaastillah #syedsaddiq #teambass #bass #teambassofficial

♬ original sound – ᭝ ᨳଓ ՟ – ᭝ ᨳଓ ՟

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aiyoo mama… apa ni. Buat sy nangis juga.. ucapan mama Bella buat saya tak boleh tahan air mata.. Mama Eina sosok ibu yg kuat berdiri teguh di blkng anak2.. “

” Mama meluahkan isi hatinya yang lama dia simpan… betoi tuu mama… ALLAH ada.. dengan kita sekali nangis dengar mama cakap.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. “

” Betapa Mama selalu jadi tulang belakang BELLA.kuatnya semangat Bella and Didi dengan adanya seorang mama yg kuat,sabar Dan tabah. sayang semuanya.. “

” Dengar ucapan mama terus nangis.. Bella kuat dan bangkit kerana ada mama dan doa mama bersamanya.. “

” Sedihhh bila mama bella bgi ucapan. arwah ibu saya pun sentiasa ada saat saya jatuh/susah. dia juga yg memberi kata2 semangat.. al fatihah ibu.. “

” Akukan… klu tgh2 ucapan gini… tgok ada yg nanges… aku pura2 buat sibuk x dgr ucapan org padahal akulah org yg terpaling.. tersembunyi disebalik kaca mata hitamku.. “

” Dah lama mama pendam tu.. betul semua mama cakap tu.. takpe Allah ade dengan org yg sabar.. keluarga yang tabah, tetap kuat bersama.. aku pun nangis weh.. “

Ucapan yang tulus ikhlas dari hati seorang ibu untuk anak sulung tersayang. Sekuat mana Bella, itu kekuatan yang datang daripada mamanya yang setia menyokong Bella. Semoga kehidupan Bella dirahmati Allah selalu dan berbahagia bersama keluarga serta insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Auralisse_   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak