Artis / Selebriti
” Dah kahwin akhirnya. Handsome sesuai dengan Bella.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Majlis Akad Nikah Nabila Razali Dan Suaminya, Nik Iruwan Cur1 Perhatian Warganet. Wah Cantiknya Bella Dalam Busana Putih Pengantin. Sama Cantik Sama Padan, Tahniah Bella !!
Beberapa hari yang lalu, penyanyi Nabila Razali ada berkongsikan moment kekasihnya, Nik Iruwan berlutut melamar dan Nabila menjawab setuju. Semakin kuat ura-ura yang mengatakan Nabila akan mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat. .
Meninjau akaun Instagram Abpbh dan xtra, telah dikongsikan gambar-gambar dan video majlis pernikahan Nabila dan Nik Iruwan. Menurut laporan Mstar Online, Nabila dan Nik Iruwan disatukan dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Bertempat di The Chateau Spa & Wellness Resort Pahang, pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz. Bertemakan English Wedding, Nabila kelihatan begitu anggun sekali dalam busana pengantin berwarna putih. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Nabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan.

Untuk makluman, wang hantaran dirahsiakan dan Nabila menerima mas kahwin berjumlah RM22.50. Pasangan pengantin baru ini kelihan berseri-seri di atas pelamin. Sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua Nabila dan Nik Iruwan.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini meraih perhatian warganet dan ucapan tahniah membanjiri posting itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alhamdulillah tahniah Bella dan suami. Semoga bahagia sampai ke jannah makcik doakan.. Aaminn.. ”
” Alhamdulillah.. Tahniah dn Selamat Pengantin Baru kak Nabila dan pasangan. Finally cumi da ada cimi hehe.. ”
” Dah kahwin akhirnya, Alhamdulillah. Moga kekal jodoh hingga ke Jannah, Aamiin.. selamat pengantin baru Bella.. ”
” Berseri-seri dan cantik sangat-sangat bella… happy for you.. selamat pengantin baru bella dan nik.. ”
” Cumi cumi dah kahwin.. tahniah kak nab dan suami.. next year our anniversary sama date eh.. Moga berbahagia hingga ke jannah.. aaminn.. ”
” Alhamdulillah tahniah ya buat Nabila dan suami… selamat pengantin baru buat Nabila dan suami… semoga bahagia hingga ke jannah.. ”
” Tahniah, handsome sesuai dengan Bella.. Cantik dan berseri-seri Bella.. semoga berbahagia selalu Bella. happy for you.. ”
Alhamdulillah majlis Bella dan suaminya berjalan dengan lancar dan meriah. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat pasangan mempelai. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IF Xtra, IG Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain



