Artis / Selebriti
” Dah jadi games ‘curi curi buah’. Kali ni Amira yang menggigit. Awat lawak sangat Mira, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Fattah Amin dan Amira Othman bermain satu permainan sambil menutup mata buat warganet terhibur. Lawak betul part Amira berebut buah dengan Fattah tu. Tak nak kalah eh Kak Long, haha..
Sekali pun sudah 3 bulan Fattah Amin dan Amira Othman mendirikan rumahtangga, graf romantis pasangan ini belum surut dan sentiasa menjadi tumpuan warga maya. Kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini selepas sah menjadi suami isteri membuatkan membuatkan peminat mereka teruja.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Amira Othman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amira dan Fattah bermain satu permainan. Ianya demi memenuhi permintaan Yuti dan mereka mengikuti sahaja arahan yang Yuti berikan sepanjang permainan itu berjalan.
Permainannya cukup mudah, Fattah dan Amira dikehendaki menutup mata mereka dengan topeng mata yang disediakan. Dalam keadaan mata yang tertutup, pasangan ini perlu mencari buah yang disebut oleh Yuti dan memasukkan buah itu ke dalam bakul masing-masing. Siapa yang paling banyak dapat buah akan dikira sebagai pemenang.

Dari awal sehingga ke akhir, gelagat Fattah dan Amira mencuit hati warganet. Adegan Amira cuba mengambil kembali bawangnya daripada bakul Fattah mengundang tawa ramai. Belum lagi part Fattah cuba mencuri buah dalam bakul Amira, terhibur warganet dengan gelagat mereka.
Jom tonton video di bawah :
@amiraothmanofficial Hmmm mcm mcm lahh budak Yuti ni suruh kami buat. Cuba teka siapa menang?🤭
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 78 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” “Awak tolong saya awak tutup mata ke” HAHAHAHAHAHAA SIOT LA.. Diorg punya lawak tu sopan betul,sampai aku ketawa pon sopan tutup mulut.. “
” Dah jadi games ‘curi curi buah’ haha.. “buah naga tak dengar pun” kau tengah berebut bawang tadi kak.. haha adui lawak lah.. “
” Amira anak no 2 fattahhhhh.. tak mungkin dia mengalah haha. ishh apa yg comellll sangat koranggg ni.. berebut-rebut mata pejam pun haha.. “
” Kali ni Amira yang menggigit haha.. berdekah ketawa sampai keluar air mata kita.. Sweet & terhiburlah kita.. semoga bahagia hingga Syurga.. “
” The real rajin masak . tutup mata pun dia bole tahu bawang dia kena curi haha.. b potato pun saya punya, dah menang tu, xpuashati lagi.. penat dah ketawa tengok dorang berdua ni.. “
” Hahahahaha ketawa sampai berair mata kita tetap sopan bila masing-masing start berebut.. Amira tk dengar yuti sebut buah naga , sebab masa tu dia tgh sibuk rebut balik bawang dia haha.. “
” “B bawang..b bawangg..b bawang saya awak curi b?” dekah laaa akuuu hahahaha.. sakit perut ketawa.. Ya Allah mira awat lawak sangat kali ni…. gelak susah nk berenti tengok ni haha.. “
Pandai sungguh Yuti mengadakan games ini, baru lah dapat dilihat perangai kelakar Amira dan Fattah berebut-rebut. Terhibur warganet melihat kecomelan pasangan ini. Semoga Fattah dan Amira terus bahagia dan rumahtangga mereka sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan

