Artis / Selebriti
” Dah boleh tengok muka Puteh, handsome boy.. ” – Komen Netizen

Gambar-Gambar terbaru Nad Zainal bersama anak lelakinya, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia 1 tahun lebih curi perhatian warganet. Alahai comel sangat Puteh ni. Sesuai dengan nama, memang putih gebu..
Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz dikurniakan dengan seorang cahayamata lelaki pada 10 Oktober tahun lalu. Pasangan ini menamakan cahayamata mereka itu dengan nama, Ungku Indra Puteh Al Maajid. Nad dan Ungku Ismail memanggil si kecil ini dengan nama Puteh
Sejak Puteh lahir, pasangan ini selesa untuk tidak menunjukkan wajah Puteh di media sosial. Sesiapa yang terjumpa mereka bersama Puteh sahaja boleh melihat wajah Puteh secara terus. Pejam celik, pejam celik, kini sudah setahun lebih usia Puteh dan Puteh membesar dengan sihat.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Myartis, telah dikongsikan beberapa gambar Nad bersama Puteh. Ini kali pertama warganet melihat wajah penuh Puteh dan ternyata gambaran Nad mengenai Puteh benar. Sebelum ini, Nad pernah menjawab pertanyaan warganet mengenai wajah Puteh.
Kata Nad, wajah Puteh saling tak tumpah seperti Ungku Ismail ketika kecil. Nad juga ada berkongsikan gambar Ungku Ismail. Comel sungguh Puteh dengan kulit putih gebu dan tubuh yang bambam itu. Kecil-kecil lagi sudah secomel ini, pasti apabila dewasa nanti handsome seperti Ungku Ismail.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Antara perkongsian Nad di akaun Tiktoknya (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nad.zainal bila orang tgh VIRAL dtg beraya rumah sedara korang be like kuis kuis
@nad.zainal seorang pun dah bikin pening.. Allah hadirkan lagi seorang guys… kata sayang… terimalah … 🤣🤣 versi Venti ada.. Grande pun ada
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel copy paste Ungku Ismail.. Comel sangat baby, putih melepak lepak.. 2x omak bapak putih… acuan baguiiii cantik encem.. “
” Da boleh tengok muka Puteh.. Puteh ari tu tutup-tutup, nasib baik hensem boy. Hehehe.. nad pun makin lawa.. “
Ramai sebenarnya yang ternanti-nanti untuk melihat wajah penuh Puteh. Ini kerana sebelum ini warganet hanya dapat melihat kelibat dan badan Puteh yang chubby. Muka pun sipi-sipi sahaja yang terlihat dan sekarang tercapai impian untuk melihat wajah penuh Puteh.
Semoga Ungku Indra Puteh Al Maajid menjadi anak yang soleh, anak yang selalu membanggakan kedua ibu bapanya, dikurniakan Allah kebijaksanaan dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak. Semoga Puteh terus membesar dengan sihat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Myartis, Tiktok Nad Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daripada situ lah dia start suka abang.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali kita pun menangis juga tengok mak dan ayah Siti menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berbeza gambar tapi tidak dalam kenangan.. ” – Abdur Rahman
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen