Artis / Selebriti
” Cutenya sebutan Lara.. ” – Netizen
Video Lara Alana Belajar Bahasa Melayu Namun Sebutan Lara Yang Pelat Buat Ramai Terhibur. Sebutan ‘Peti Sejuk’ Dan ‘Cawan’ Tu Paling Comel !!
Lara Alana merupakan anak kepada pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Lara sememangnya fasih berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Ini kerana Lara sering berkomunikasi dalam bahasa tersebut bersama ibu dan bapanya serta di sekolah.
Kepetahan Lara berbahasa Inggeris sememangnya sangat mengagumkan. Kebanyakan video Lara yang dikongsikan di laman Instagramnya menunjukkan Lara berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sehinggakan ramai peminat meminta Lara berkomunikasi dalam bahasa Melayu pula.
Atas permintaan peminat, Scha dan Awal sebelum ini pernah berkongsi Lara berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Cara Lara bercakap dalam bahasa melayu sangat menghiburkan kerana Lara agak kekok untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Menerusi entri terbaru, video Lara belajar bersama ibunya telah dikongsikan. Lara ditunjukkan beberapa gambar dan diminta menyebut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun sebutan Lara yang agak pelat membuatkan ramai peminat terhibur.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur mendengar sebutan Lara seperti peti sejuk dan cawan. Antara komen-komen mereka :
” Peti sujuk.. haha blh bayang mulut muncung lara ke depan mcm mana .. “
” Sujukkkkk ….. sho kiut.. “
” Bestnya mummy up lgi video belajar mcm ni.. “
” Clever girl la lara .. “
” Pintarnya lara.. Peti sujukkk deyyy .. “
” Kena cakap selalu baru fasih BM.. “
” Cutenya sebutan Lara.. “
Alahai, comel jer sebutan Lara dalam bahasa Melayu. Tidak mengapa Lara masih tidak betul dengan beberapa perkataan namun jika selalu berlatih mesti makin fasih. Lara kena rajin-rajin belajar tau. Good Job Lara dan All The Best !!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lara Alana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

