Artis / Selebriti
” Cute betul lah Tokti, tiba-tiba kena pulak timing dengan lirik.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika melihat peminatnya memakai baju warna sedondon dengan dirinya ketika Konsert Beraya Dengan Saya buat ramai terhibur. Part lirik tu memang kebetulan sangat. Comel sungguh lah reaksi Tokti, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik seorang peminat setia penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang bernama Azim, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Azim menghadiri Konsert Beraya Dengan Saya beberapa hari lalu.
Menerusi video berkenaan, Azim sempat merakam moment indah ketika DS Siti masuk ke dewan sambil berjalan dan menyampaikan lagu raya popularnya berjudul Lip Lap Raya. Suasana konsert yang meriah dengan alunan lagu raya membuatkan para penonton turut sama menyanyi dan menikmati persembahan tersebut.
Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian adalah kebetulan baju Melayu yang dipakai Azim mempunyai warna yang sama dengan busana yang digayakan oleh DS Siti pada malam tersebut. Persamaan itu secara tidak langsung mencetuskan satu momen yang cukup menarik dan menghiburkan.

Lebih mencuit hati, ketika DS Siti menyanyikan lirik ‘pakai baju raya sama’, DS Siti secara spontan menoleh ke arah Azim seolah-olah menyedari kebetulan tersebut. Tindakan spontan itu membuatkan suasana menjadi lebih meriah dan mengundang gelak tawa para penonton.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahaha saya pun perasan jugak time ni. Cute betul lah.. Tiba-tiba kena pulak timing dengan lirik. Hehe.. “
” Comellll.. Actually I nk pakai kaler nie from Behati.. Tp I pilih bju style Sultan Sir Omar Brunei.. Btw best konsert raya Makiti.. “
” Pakai baju raya sama” ehhh tepat ek time dia toleh.. Hhahaahaha kena betul dengna lirik tengah menyanyi tu.. “
” Dah berulang² ni kita tgk… Kita pon tlg happy la utk you… Timing betul2 kena.. Untung ler pakai baju sama dengan Dato Siti, hehe.. “
” Lirik dengan tangan dengan reaction tu yg mahal tu moment .. Bila tak pergi konsert. Tgk moment yg pergi uishhh tersenyum.. “
” Liplapp liplapp Toktii comeyy.. Untung laa Tokti liplap depan mataaa erkkk.. Eeee bestnya kena noticed and baju sedodon lak tu.. Hehehe.. “
” Kena pula time Tokti toleh lirik pakai baju Raya sama.. Walaupon Tokti dh eh eh… Lirik dia tak lari weh.. “
Reaksi DS Siti yang bersahaja itu nyata mencuit hati warganet. Ramai yang terhibur melihat momen kebetulan yang jarang berlaku ini, malah ada yang menyifatkan ia sebagai detik ‘comel’ antara artis dan peminat yang pasti akan dikenang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG azim.kzaman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

