Connect with us

Artis / Selebriti

” Crying watching this. Semoga semuanya membesar dengan baik dan sihat.. ” – Komen Netizen

Video anak-anak DS Zizie Izette berkongsi cerita kenangan berpuasa dan beraya bersama arwah daddy mereka, Dato’ Seri Bung Moktar buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar cerita masing-masing..

Meninjau di akaun Instagram milik Mini Izette Bites, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak-anak arwah Dato’ Seri Bung Moktar Radin dan Zizie Izette berkongsi kenangan berpuasa dan beraya bersama bapa tercinta. Video tersebut merakam momen penuh emosi apabila mereka mengenang detik-detik manis yang pernah dilalui bersama arwah.

Seorang demi seorang tampil bercerita tentang kenangan mereka masing-masing mengenai suasana Ramadan dan kemeriahan pagi Syawal bersama arwah. Perkongsian itu menyentuh hati ramai. Rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat keakraban anak-anak ini bersama arwah bapa mereka.

Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarga ini terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan insan tersayang. Kelima-lima anak arwah iaitu Naila Nurjenna, Aadam Zayed Izette, Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan Aalisa Belle Izette jelas menunjukkan betapa mendalamnya rasa rindu mereka.

Selain itu, mereka juga turut berkongsi nasihat arwah yang sering mengingatkan tentang kepentingan bersedekah, berbuat baik sesama insan dan menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa sebak mereka dan turut menitipkan doa serta kata-kata semangat buat anak-anak arwah Dato’ Seri Bung Moktar. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Crying watching this.. Semoga semuanya membesar dengan baik Dan sihat ,to datin semoga terus kuat semangat.. “

” Keep strong mummy and kids.. Semoga semua dibawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t Amennn.. HUG… “

” Ditempatkan roh ur dad dengan roh2 orang yang beriman n di syurga Firdaus tanpa hisab al fatiha(dibaca) aamiin aamiin aamiin ya Mujib ya Rabbal aamiin.. “

” Ya Allah.. tak video ni..terus teringat arwah mak arwah ayah. Mereka yg kecik pun sedih. Kita yg tua ni pun. Rindu arwah mak ayah sampai ke sudah.. “

” I understand how you feel, kids. My father also passed away when I was still very young. You hv a strong & loving mom raising all of you. Together, you’re stronger.  Al-Fatihah buat arwah.. “

” Comel sangat la diorang ni Datin Zizie.. I know they will be alright becos they have the most amazing mother.. “

” Sedih sangat2 watching this ….. It’s okay kids, daddy is now resting peacefully in the garden of paradise .. “

Walaupun arwah sudah tiada di sisi, kenangan dan pesanan yang ditinggalkan terus menjadi pegangan hidup buat mereka. Perkongsian video ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengubat rindu, malah turut mengingatkan kita semua tentang betapa berharganya setiap detik bersama keluarga, terutama ketika Ramadan dan Syawal yang penuh makna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mini_izette_bites

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak