Artis / Selebriti
” Coretan buat semua pramugari di dunia ini.. ” – Fasha Sandha
Posting terbaru Fasha Sandha mengenai sikap seorang pramugari raih perhatian ramai. Ini merupakan pengalaman pahit dan pertama kali buat Fasha berdepan dengan sikap pramugari macam ni. Kesiannya Fasha, tak patut betul buat macam tu..
Meninjau ke akaun Instagram Fasha Sandha, posting terbaru Fasha mengenai pengalaman pahit yang dilaluinya ketika menaiki penerbangan kelas ekonomi telah meraih perhatian ramai. Menurut Fasha, peristiwa ini berlaku pada 30 Mac yang lalu.
Perkongsian Fasha ini agar ia menjadi pengajaran buat semua pramugari mengenai sikap dan etika. Ketika Fasha menaiki penerbangan tersebut, seorang pramugari telah menegurnya dengan gaya seperti memerlinya kerana menaiki kelas ekonomi.
Ini bukanlah kali pertama Fasha menaiki kelas ekonomi tetapi tidak pernah lagi seorang pramugari memandang rendah terhadapnya seperti tidak sepatutnya menaiki kelas ekonomi. Fasha lebih memilih untuk berjimat cermat, bukan bermaksud dia tidak mampu.

Perkongsian Fasha ini cukup panjang lebar dan berharap perkara sebegini tidak berulang lagi kepada sesiapa sahaja. Sebagai seorang pramugari, dia tidak sepatutnya menyinggung perasaan para penumpang. Perkongsian ini menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak beberapa jam yang lalu.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. ANtara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Kak Fasha pergi mana2 pun humble. Airline apa ni? So rude . Sadly we live in a world where people measure status by materialistic things. Dah kene banyak kali juga … “
” Beb.. sorry to hear u gone through that .. Biasa laa beb dorang jealous ngn you , lagi2 org baik ,Cantik & humble like you … Dorang Lupe nk bayar insurance Mulut .. apa2 you’re always loved beb and always humble. May Allah ease your heart .. “
” Fasha seorang yang sangat bersederhana di dalam kehidupannya, walaupun dia seorang yang sangat dikenali ramai, dia tak kisah hidup secara sederhana, sentiasa merendah diri, dan selalu membantu keluarga dan kawan kawan disekelilingnya .. “
” Biadap betul dia ckp mcm tuuu? Amboi bahasa dia kak.. tak kesah la naik economy ke business class ke janji sampai dengan selamat.. “
” Bagi pihak seorang manusia.. Sy minta maaf diatas kelancangan mulot paramugari 1 tu.. Kompom kawan dia dah sound paramugari 1 tu awal2 .. “
” Tak beradap nya dia? Tahu kah dia Fasha Sandha ni seorang yg suka bersederhana? Sebab dia taktahu la dia berani tanya mcm tu? Tapi kalau taktahu kenapa nak tanya? “
” Economy ke business ke..tetap akan sampai ke destinasi yg sama…salah ke dudok seat economy..?? X semestinya artis nak kena dudok di business class.. “
Fasha sememangnya seorang yang rendah diri dan suka dengan gaya hidup bersederhana. Semoga perkongsian oleh Fasha ini bukan sahaja menjadi pengajaran buat pramugari sahaja tetapi buat semua dalam apa jua pekerjaan. Perlu jaga adab dan etika.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

