Artis / Selebriti
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen

Muatnaik Video Throwback Membesarkan Anak-Anak Dari Zaman Kanak-Kanak Sehingga Sekarang, Perkongsian Shafnie Zainuddin Buat Ramai Tersentuh. Pesanan Yang Padu Buat Ibu Tunggal, Terbaik Lah !!
Bukan mudah bergelar ibu tunggal, apatah lagi perlu membesarkan anak-anak sendirian. Namun bagi bekas isteri pengacara terkenal, Shafnie Zainuddin membuktikan dirinya seorang wanita yang hebat apabila kedua-dua anaknya mencapai kejayaan mereka dalam hidup.
Meninjau akaun Instagram Shafnanieee, telah dikongsikan satu video yang telah disunting memaparkan gambar-gambar anak-anak Shafnie iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman dari zaman mereka masih kanak-kanak sehinggalah sekarang sudah dewasa.
Shafnie turut menitipkan pesanan untuk semua wanita yang bergelar ibu tunggal dalam posting kali ini. Allah adalah sebaik-baik perancang untuk segala yang berlaku dalam hidup. Membesarkan anak-anak sendirian bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai ibu tunggal yang sudah membuktikannya.
Atas izin Yang Maha Esa, Shafiq dan Shabil yang kini sudah menjadi orang yang berjaya. Tamat pengajian di UiTM, kejayaan anak-anak adalah sesuatu yang membanggakan hati seorang ibu. Apa yang penting, niat seorang ibu untuk membesarkan anak-anak menjadi orang yang berguna dimakbulkan Allah. Pasti Allah akan tunjukkan jalannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shafnie ini telah pun meraih ratusan tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Supermom.. Semoga Allah sentiasa berikan sis kesihatan yg baik, Dan semua yg baik2 shja aamiin Allah ya mujib.. ”
” Tahniah puan…. dah lama ikuti perkembangan puan… mmg puan wanita hebat ….. smoga Allah mmpermudahkn sgala urusan puan dunia dan akhirat.. ”
” Alhamdulillah.. masyaAllah a true iron lady.. Contoh seorang wanita yang hebat.. ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ”
” Sy sgttttt la bangga ngn akk. Mcm2 akk harung utk besarkan anak2.. dan akk sgt2 hebat. anak2 membesar dgn jayanya.. Menjadi lelaki yg gentlemen Dan sgt2 menghormati Dan syg Ibu dia.. ”
” Wanita hebat.. menjadi contoh yg baik semoga allah menjaga kamu serta kebahagian bersama anak-anak.. ”
” Alhamdulilah shafnanieee anak2 diajar dgn kesederhanaan, ibunya sentiasa ada bersama, anak2 melihat kepayahan seorg ibu membesarkan mereka. moga shafnanie dan anak2 sentiasa didlm redha Allah, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke jannah.. ”
” Alhamdulillah doa dan kekuatan seorang ibu. Puan Ibu yang hebat, bangga sangat tengok puan jaga dan didik anak-anak. Anak semua sopan santun, tinggi adabnya dan berbudi pekerti.. ”
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Percaya dengan diri segalanya pasti berjalan sebagaimana yang diharapkan. Tahniah buat Shafnie kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang berbudi pekerti dan tinggi akhlak mereka. Terus bahagia bersama keluarga tersayang dan semoga sihat selalu Shafnie.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shafnanieee, IG Shafiq_iman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen