Artis / Selebriti
” Congratulations Cap, selamat berjaga malam.. ” – Netizen
Video Caprice Kongsi Berita Gembira, Isterinya Selamat Melahirkan Anak Sulung Mereka. Wah Seronok Cap Dapat Dukung Anak Sendiri, Tahniah Cap Dan Isteri, !!
Umum mengetahui yang penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice telah mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihatan hatinya iaitu Farra Inalis pada tahun 2021 lalu. Pada tahun lepas, Cap mengumumkan berita gembira yang isterinya disahkan hamil lima bulan dan bakal bergelar seorang bapa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Cap, sekali lagi Cap mengumumkan berita gembira yang Farra telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada hari ini. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Cap, kelihatan Cap sedang mendukung anaknya.
Di ruangan kapsyen, Cap memanjatkan kata syukur dengan kelahiran anak pertamanya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang menyukai perkongsian oleh Cap dan menyakat Cap dengan mengatakan ‘selamat berjaga malam’ selepas ini .

Sehingga kini, perkongsian tersebut menerima ribuan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai nampak ceria betul wajah Cap, betapa gembira dia menyambut kehadiran anak yang dinantinya itu.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada Cap dan isteri atas kelahiran anak pertama mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Congratulations Cap. Welcome to fatherhood, get ready getting up wee hours of the night, hahahahaha.. Selamat berpantang Farra.. “
” Syukur, Alhamdulillah.. Double triple trilion ur amal ibadah Cap… Jannahtul Aamiin.. Baby ramadan.. Semoga menjadi anak yang soleh, amin2.. “
” MasyaAllah TabarakAllah. Alhamdulillah tahniah Cap n wife.. Semoga wife Cap dan anak dalam keadaan sihat2.. Syukur rezeki ramadhan.. “
” Tahniah Cap dan wife. Semoga menjadi anak yang soleh. Yg memberkati dan yg diberkati pd ibu bapa, ugama, bangsa dan negara. Aamin Allahumma Aamin.. “
” MasyaAllah Tabarakallah, congrats to you and wifey upon your new born baby.. Seronoknya raya tahun ni ada baby, mesti meriah kan.. Alhamdulillah.. “
” Semoga kehidupan anak pertama anda dipenuhi dengan cinta, gelak tawa, dan peluang yang tidak terbatas.. Tahniah KPd capricedaddycap kerana menjadi ibu bapa baru bayi.. “
” Alhamdulillah. Baby Ramadhan. Congrats Cap.. Subahanallah.. Alhamdulillah.. ahniah cap Selamat berjaga mlm n tahniah fara Selamat berpantang..
Untuk sekadar info, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Cap, Farra mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu. Keakraban Cap bersama anak tirinya mendapat pujian ramai sebelum ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Cap serta Farra atas kelahiran anak mereka. Selamat berpantang Farra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG capricedaddycap
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen



