Artis / Selebriti
” Comelnya putih gebu Haura Uqaira ni. Bibir merah.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Gambar Penuh Wajah Anak Uqasha Senrose, Haura Uqaira Raih Perhatian Warganet. Wah Yang Ni Lagi Jelas Nampak Muka Uqaira. Putih Gebu Macam Anak Patung. Dagu Tu Paling Mahal, Comel Sangat !!
Beberapa hari yang lalu telah berlangsungnya majlis kesyukuran dan majlis Aqiqah anak kepada Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Haura Uqaira. Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai Kamal dan Uqasha.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Oh My Media, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan wajah penuh Uqaira. Uqaira ketika itu berada di atas ribaan Uqasha. Sebelum ini, wajah Uqaira ketika dipangku oleh Kamal ada ditunjukkan tetapi dari jarak yang sedikit jauh.
Gambar kali ini diambil dari jarak dekat dan wajah penuh Uqaira dapat dilihat dengan jelas. Uqaira yang memiliki kulit putih gebu dan bibir yang kemerah-merahan seperti Uqasha kelihatan sedang lena tidur. Comel sungguh si kecil Uqaira ini, seperti anak patung.

Pipi Uqaira semakin ‘membulat’ dan jelas kelihatan dagu Uqaira. Bertambah rasa geram warganet melihat dagu Uqaira yang bulat itu. Raut wajah Uqaira dikatakan kelihatan seiras seperti Kamal, cuma bezanya dalam versi perempuan dan putih melepak.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga anak ini membesar dgn sihat dan jadi anak solehah buat kedua parents nya.. Tahniah.. Comel.. Alhamdulilah.. ”
” Comel putih gebu.. comelnya anugerah Allah macam ibunya.. Anak mummy sangat ni.. tak puas tengok muka uqaira ni.. ”
” Ada rupa mak sedaranya yang dewi remaja tu, Raisha Rizrose.. Iras-iras Nelydia pun ye sebab Nely sama muka Uqasha.. ”
” Masyallah.. comeiiiii dooh.. ndah nya ciptaan Allah.. semoga menjadi anak yg solehah.. berjasa pada ibu/bapa dan negara.. Aamiin.. ”
” Dagu tu dagu mama tp Iras muka daddy dia lh… so comel. putih gebu betul Kamal versi perempuan hehe.. muka kamal, kulit ikut mama.. ”
” Masya Allah comelnya.. muka Kamal campur uqasha ni.. putih gebu dia tu, bibir merah.. dagu sejemput tu yang mahal.. ”
” Comelnya putih gebu Haura Uqaira ni.. terbaik uqasha, belanja direct face babynya.. macam anak patung.. ”
Siapa yang tidak geram melihat wajah gebu Uqaira ini. Tunggu Uqaira besar, tentu bakal secantik ibunya. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar Haura Uqaira membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Oh My Media, IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

