Artis / Selebriti
” Comelnya Putera Mateen berjoget poco-poco. Tak sangka Putera Mateen joget macam ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Putera Mateen Bersama Tetamu VVIP Berjoget Poco-Poco Buat Ramai Terhibur. Wah Hebatnya Putera Mateen Poco-Poco. Tahu Step, Macam Dah Biasa Je. Unexpected Betul Putera Mateen Ni !!
Selesai sudah majlis santapan diraja Putera Mateen dan Dayang Anisha semalam. Majlis yang gilang gemilang itu dihadiri oleh ramai pembesar negara lain antaranya Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah dan raja-raja dari setiap negeri.
Meninjau akaun Tiktok Caffe Latte, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Putera Mateen bersama para jemputan kenamaan bersama-sama menari tarian poco-poco. Suasana ini kelihatan amat meriah dan semuanya begitu sporting berjoget bersama-sama.
Putera Mateen juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat menarinya. Ramai di kalangan warganet tidak menyangka yang Putera Mateen akan ikut menari. Dengan perwatakannya yang selalu berwajah serius, memang luar jangkaan betul.

Comel sahaja Putera Mateen menari dan turut sama kelihatan berhampiran Putera Mateen adalah Sultan Abdullah dan Tuanku Permaisuri Agong. Memetik komen warganet, Putera Mateen sudah seperti ketua kumpulan pula menari di bahagian hadapan.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@w4w4___ 💃🏽💃🏽 #royalwedding2024
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 168 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku selalu expect dorang menari macam cite barbie ke enola holmes ka haa amik kau sekali poco poco.. ”
” Ala fokus dekat Putera Mateen je.. Dia jadi ketua, lebih mahir dari yang lain.. comel je Putera Mateen berjoget poco-poco.. ”
” Prince Mateen menari poco-poco pun straight mukanya tapi nampak macho.. Semua pandai poco-poco rupanya.. ”
” Comelnya Putera Mateen berjoget poco-poco.. keras gitu tapi tetap menari.. Didn’t expect prince mateen dance.. cumilss.. ”
” Putera Mateen terer woo dance poco-poco.. I focused on watching Prince Mateen haha.. sporting sangat.. ”
” Sampai aku dah tua masih tak reti lagi nak ikut rentak poco-poco.. Comel je Putera Mateen menari poco-poco guys.. ”
” Ingatkan royal family 24 jam serius je.. Unexpected betul tak mcm mana orang kat tepi tu boleh tahan gelak ek, kalau aku dah bersembur gelak tengok prince mateen dengan agong menari mcm tu.. ”
Seronoknya apabila semua tetamu sporting macam ni. Putera Mateen nampak comel sangat berpoco-poco. Di sebalik wajah serius Putera Mateen, ada juga sisi sempoinya. Semoga Putera Mateen gembira selalu dalam melayari alam rumahtangga bersama Dayang Anisha.

Silakan SHARE..
Sumber : TIKTOK Caffe Latte
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen


