Artis / Selebriti
” Comelnya, ni namanya memang handsome dari kecil.. ” – Komen Netizen
Video throwback Anakanda Sultan Pahang, Tengku Hassanal ketika baby raih perhatian ramai. Alahai, comelnya Tengku Hassanal. Pipi tu montel sangat, suara pula bukan main nyaring, hehe..
Meninjau ke satu akaun Instagram bernama Inaijari, perkongsian sebuah video throwback ketika Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah masih kecil telah meraih perhatian ramai. Tengku Hassanal merupakan anakanda Sultan Pahang iaitu Sultan Abdullah dan Tengku Azizah Maimunah.
Jarang sekali kita dapat melihat video Tengku Hassanal ketika masih kecil. Apabila ia dikongsikan ia telah mendapat lebih empat ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik di media sosial. Maklumlah nampak comel sangat Tengku Hassanal.
Video tersebut dirakamkan dalam tahun 1996 dan pada ketika itu usia Tengku Hassanal belum lagi mencecah satu tahun. Tengku Hassanal dilihat sangat aktif dan tidak mahu duduk diam serta gemar menjerit. Nyaring sungguh suara Tengku Hassanal.

Wajah Tengku Hassanal tidak banyak berbeza sejak dari kecil sehinggalah kini sudah meningkat dewasa. Cuma ketika kecil Tengku Hassanal nampak sedikit montel dan bulat. Lihat sahaja pipi Tengku Hassanal ketika kecil yang cukup membuatkan ramai orang geram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Tengku Hassanal. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Yaa Allah semoga anakku nanti setampan dan sesehat ini. Aamiin.. Prince and future king of Pahang. yaAllah omey nyaaaaaaa. pipi dia tu.. “
” Patik suka tengok wajah tengku waktu tengku masih kecil……sangat-sangat comel begitu juga gelagat comel tengku.. “
” MashaAllah sungguh comel ciptaanMu ya Allah , semoga TMP mendapatkan jodoh yg Sholeh dan Sholehah, amin.. “
” Patik doakan…. Semoga Kebawah Duli Paduka Mulia TMP Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, sentiasa sihat, diberkati & dirahmati Allah.. “
” Oooo kecik2 suara nyaring…skrg nmpk pendiam…ooo gitu … ampun tengku.. comel sangat Tengku Hassanal masa kecik.. “
” Omg! Comeiiii… Semoga jodoh TMP wanita jelita so anak2 boleh comel macam TMP. So cuteeee.. saye taw nak buat beliau menjerit.. “
” Comelnya Tengku Hassanal.. Nyaring nya suara. suara bakal pemimpin dan sekarang dah jadi TMP. ni namanya mmg encem dari kecik.. “
Ramai juga netizen yang mendoakan agar Tengku Hassanal cepat bertemu jodoh. Semestinya ramai tidak sabar untuk melihat Tengku Hassanal junior yang pastinya secomel Tengku Hassanal ketika kecil. Patutlah Tengku Hassanal handsome orangnya kerana ketika kecil lagi sudah sangat comel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG InaiJari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen


