Artis / Selebriti
” Comelnya Nana, muka tak berubah dari kecil.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Bersama Adik-Beradik Semasa Kecil, Wajah Nana Mahazan Yang Tidak Banyak Berubah Cur1 Perhatian Peminat. Wahhh Nampak Seiras Dengan Anak Sulungnya, Althea !!
Nana Mahazan mula menceburi bidang seni selepas beliau menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim Pertama pada tahun 2003. Berperwatakan ceria dan begitu peramah, beliau lebih cenderung menjadi pengacara televisyen berbanding daripada menyanyi dan berlakon.
Perwatakannya yang suka berceloteh dan bercakap dengan laju, membuatkan Nana tampil dengan selesa mengacara sebuah program televisyen tanpa kaku. Anak kelahiran Muar, Johor ini juga pernah menjadi penyampai Radio Era yang mengendalikan segmen Petang Di Era bersama dengan Seelan Paul.
Untuk rekod, Nana telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu Althea dan Aaqib. Nana sering berkongsi gambar-gambar keluarganya di akaun Instagram.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Nana telah memuatnaik gambarnya bersama adik-beradiknya yang lain sewaktu kecil. Pastinya anda dapat kenal wajah Nana kerana tidak banyak berubah sehingga dewasa. Malah wajah Nana dilihat seiras dengan anak sulungnya, Althea.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen menyatakan wajah Nana tidak banyak berubah dari kecil sehingga dewasa. Antara komen-komen mereka :
” Comelnya nana… muka tak berubah dr kecik.. blh cam.. “
” Sampaiii sekarangg samaaa muka ngn rambut .. “
” No wonder la abg kak nanamahazan menjadi rebutan waktu sekolah dlu. Beratur perempuan offer nk jadi kakak angkat ye hahahaha .. ”
” Rindu sibling eh kak.. “
Pastinya kenangan zaman kanak-kanak sangat indah dan tidak dapat dilupakan oleh sesiapa. Begitu juga dengan Nana, beliau sebelum ini sering juga memuatnaik gambar thr0wback semasa kecil. Semoga Nana terus berjaya dalam karier seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nana Mahazan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

