Artis / Selebriti
” Comelnya Lunara, dah nampak mirip wajah daddynya. Memang gebu.. ” – Komen Netizen
Perkongsian gambar-gambar terbaru anak Intan Najuwa, Imane Lunara yang baru lahir raih perhatian warganet. Alahai cute sangat baby Lunara ni, bambam sungguh pipi tu. Senyum Lunara sebijik macam Intan..
Semalam tanggal 15 Disember 2024, Intan Najuwa ada berkongsikan berita gembira mengenai kelahiran cahayamata sulungnya. Intan juga berkongsikan nama yang telah disepakati bersama suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman iaitu Imane Lunara.
Untuk rekod, baby Lunara lahir dengan kaedah pembedahan dengan beratnya 3.2 kilogram. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Intan Najuwa8, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru baby Lunara yang sedang tidur di dalam sebuah baby cot.
Melihat kemontelan baby Lunara membuatkan ramai yang geram. Boleh tahan bambam juga baby Lunara dan kulitnya kelihatan kemerah-merahan. Komen warganet, sudah tentu baby Lunara juga putih dan gebu seperti mummy dan daddynya.

Turut sama kelihatan nama Lunara yang disulam pada sarung bantal dan cadar baby cot tersebut. Sekali pun wajah Lunara tidak ditunjukkan secara penuh dan masih ditutupi dengan sedikit emoji, namun masih dapat melihat wajah si kecil ini. Ada yang mengatakan wajah Lunara banyak iras dengan daddynya
Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 160 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Taksabar nak tengok imane lunara ootd .. Baby old money dh lahir.. konpom intan nangis pestaim tbk baby.. sblum ni baby dlm perut.. now dpan mata.. sy gitu lh dlu.. “
” Comelnya… dah nampak mirip wajah ayahnya. Memang gebu… Alhamdulillah. tahniah intan najwa dn suami.. atas kelahiran puteri sulung yg comel… slmt brpntng intan.. “
” Comeynyaaa Imane Lunara ni.. welcme to the world anak.. semoga sntiasa dlindungi n dirahmati Allah s.w.t.. sentiasa djauhi dr mata² jahat d dunia.Sihat selalu ya sayang.. “
” So cute as Intan Najwa.. Semoga membesar jadi anak yang manis semanis2 Intan Najwa.. semoga baby Lunara membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah.. “
” Merah-merah kulit ni nanti mesti putih melepakk macam mummy diaaaa.. Comelnya lunara.. muka mcm mama dia ada, muka daddy dia pun ada.. “
” Comel macam muka daddy dia lah baby lunara.. Ala senyum ikut mummy. jd anak yg baik dan solehah utk mummy dady ye.. “
” Comelnya gebu pipi tu.. Lunara muka daddy laa, cute sangat.. pipi tu chubby betul.. anak perempuan muka ayah sejukk orang tua kata.. “

Gambar lain yang dikongsikan oleh Intan di Instastory miliknya :



Intan ‘belanja’ gambar Lunara sipi-sipi seperti ini pun sudah cukup menggembirakan hati peminatnya. Yang penting baby Lunara pastinya cute macam mummy dan daddy. Semoga membesar dengan sihat selalu Imane Lunara. Mesti ramai yang tak sabar untuk melihat wajah penuh Lunara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Intan Najuwa, Tiktok Intan Najuwa8
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

