Connect with us

Artis / Selebriti

” Comelnya, beautiful little mini Mateen.. ” – Komen Netizen

Perkongsian gambar close-up wajah dan nama anakanda Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang baru lahir raih perhatian ramai. Comelnya baby, copy paste Putera Mateen sangat. Nama pun cantik..

Meninjau ke akaun Instagram milik Putera Mateen, posting terbarunya telah meraih perhatian ramai. Putera Mateen berkongsi wajah anak perempuannya yang baru dilahirkan pada 8 Februari lepas dan diberi nama yang cukup indah, Zahra Mariam Bolkiah.

Gambar terbaru keluarga kecil Putera Mateen ini telah dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah dari seluruh pelosok negara. Wajah si kecil juga mencuri perhatian ramai kerana saling tumpah seperti wajah ayahandanya iaitu Putera Mateen.

Untuk info, pasangan diraja Brunei yang sama cantik dan sama padan ini telah diijabqabulkan pada 11 Januari 2024 dan Putera Mateen pernah berkongsi berita kehamilan anakanda sulung mereka pada bulan Oktober tahun lalu yang mula meraih perhatian ramai.

Kelahiran cucunda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu disambut dengan penuh istiadat apabila sebanyak 17 das tem bakan meriam dilepaskan. Wajah close up si comel ini dikongsikan kepada umum dan berita kebanyakan negara.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan diraja ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Comelnnye lahir dlm dulang emas bestnye…indah hidup mu .. Alhamdulillah syukur Semoga keluarga diraja ini diberikan kesihatan dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t.. “

” Tahniah,Alhamdulillah semoga menjadi anak Soleheh berjaya dunia akhirat Aamiin.. comel sangat puterinya.. “

” She so beautiful little mini Mateen. mateen banget mukanyaa Daulat Tuanku. Congratulations. Tahniah n slmt berpantang.. “

” Allamdulillah sunggoh comel manis geng kita lahir bulan 2. Alhamdulillah barokallah semoga terus sihat.. selamat berpantang . “

” Happy whole Brunei people and a joyful day in the hospital Medical Teams, congratulation to handsome Prince Mateen family, n charming king n Bolkiah ,being a grandfather to pretty Princess ,Great, all happy days.!! “

” Oh she looks just like Dad Beautiful. Awwww, Congratulations to new mommy and daddy, she is a precious beauty!! Angel .. “

” Congratulation my prince. Semoga anakndanya akan menjadi Anak yg solehah, yg pengasih, penyayang, menjadi insan yg dikasihi semua,. Aamiin… Ya Robb.. “

Tahniah diucapkan kepada pasangan diraja Brunei, Putera Mateen dan isterinya, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa dan menjadi anak yang solehah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tmski, Anisha Mateen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak