Artis / Selebriti
” Comelnya Aya mengekek gelak, geram tengok Aya. Anak yang agah bapak ni.. ” – Komen Netizen
MK K-Clique kongsi video pertama bersama anaknya, Aya Rayana raih perhatian peminat. Wah Aya pandai battle rap dengan ayah lah. Comel dengar suara Aya gelak. Ni siapa agah siapa ni, macam ayah je yang lebih terhibur, hehe..
Pada tarikh 3 Ogos yang lalu, MK K-Clique dan pasangannya, Siti Hajaar telah pun menimang seorang cahayamata perempuan. Sebulan selepas itu pula, MK memaklumkan kepada umum nama yang telah pun dipilih dan disepakati bersama isterinya, Hajaar untuk anak mereka iaitu Aya Rayana.
Meninjau entry terbaru MK di akaun Instagramnya, telah dikongsikan buat julung kalinya video bersama Aya. Berbulan-bulan peminat MK menunggu untuk melihat Aya, akhirnya MK kongsikan juga video Aya. Walaupun wajah Aya tidak ditunjukkan secara depan dan hanya kelihatan dari tepi, itu sudah cukup memadai bagi peminat.
Memiliki kulit putih melepak sama seperti Hajaar, ada juga yang mengatakan pernah berjumpa Aya dan mengakui Aya gebu dan comel sekali. Menerusi video perkongsian ini, MK bersama Aya di dalam sebuah kereta dan MK mengagah Aya supaya Aya ketawa. Gelagat MK itu mencuit hati warganet kerana MK yang terlebih terhibur.

Tulis MK, ini adalah battle rap pertamanya bersama Aya. Setiap kali MK cuba mengagah, Aya sudah terlebih dahulu berbunyi suara dan ketawa. Bayi di usia seperti Aya ini memang sudah pandai berinteraksi bersama orang dan ini adalah antara fasa yang menyeronokkan bersama bayi. Riuh sungguh mulut Aya berbunyi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebuh 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Anak Mk, Aya cumiillnya.. happy bapa nya nyanyi. semoga Aya menjadi Anak Soleha buat IbuAyah mu kelak Aamiin .. “
” Dia agah anak dia, yang ketawanya aku sekali apa hal haha.. Siapa agah siapa ni, bapaknya yang over ketawa.. “
” Ni anak yg agah bapak ni. Sebab bapaknya yg lebih mudah terhibur.. boleh tahan sejam kat sini menyengih saje.. “
” Weh dia buat geng rap lah.. Tak jadi rap bapak pun tengok anak gelak tak abis hahaha.. ceria aya ni mesti cantik macam hajaar.. “
” Smlm terserempak Hajaar dengan Aya kt hospital, masyallah comel gebu sangat Aya. like mommy like daughter.. Hajaar pun cantik sgt.. “
” Bapak x jadi nak bukak mulut anak rap dulu haha.. Aya rayyana mmg mudah senyum, mudah terhibur dan mudah ketawa… MasyaAllah.. sihat2 selalu aya.. cantik mcm mummy nya.. “
” Aya happy btul tgok muka bapak dia.. bapak dia pelawak kot hehe.. dik bapak awak tu MK tau.. Ank dia yg agah bapak dia ni aku rasa la sebab bapak dia plk kuat gelak..”
” Comelnyaaa Aya mengekek gelak, geram tengok Aya. Tak abis lagi dia dah sambung gais.. haha the best battle rap ever.. “
Comel sungguh suara Aya, tuannya pun putih melepak kulitnya. Happy dan bahagia sungguh MK bersama puteri tersayang. Tunggu apabila Aya besar, boleh lah buat battle rap, mesti gempak. Apa-apa pun, semoga Aya membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairiwhuut
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen

